• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Perlu Bertanggungjawab

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini diminta bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan semasa forum ‘Nothing to Hide 2.0, anjuran sayap Pemuda parti itu di Shah Alam semalam hingga ada yang cedera.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata Syed Saddiq seharusnya dipertanggungjawabkan kerana gagal menjamin keselamatan mereka yang menghadiri forum itu serta membendung daripada berlaku keganasan sedemikian.

“Ketua Armada (Syed Saddiq) seharusnya telah menjangka kejadian-kejadian seperti ini dan menyediakan aspek keselamatan yang tinggi sepanjang forum ini berlangsung,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini.

Kekecohan tercetus kira-kira 5.10 petang apabila peserta forum tidak berpuas hati dengan jawapan Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba-tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa panik sehingga peserta program terpaksa berlari keluar dewan untuk menyelamatkan diri menyebabkan beberapa individu termasuk seorang wartawan dipercayai cedera ringan akibat jatuh ketika menyelamatkan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri ketika berlaku kekecohan.

Sehingga ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan tiga remaja lelaki berusia 17 hingga 19 ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu.

Azwan yang mewakili Pemuda UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai peringatan kepada PPBM bahawa tidak semua anggota parti itu suka kepada pemimpin mereka dan ada kemungkinan ia dirancang anggota PPBM semata-mata untuk memburuk-burukkan nama UMNO dengan menuduh parti itu terlibat menimbulkan kekecohan itu.

Beliau juga menafikan Pemuda UMNO terlibat dalam insiden berkenaan dan sebaliknya mahu pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya serta menahan pihak yang bertanggungjawab.

“Pemuda (UMNO) tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain, dan kepada pembangkang yang menuduh UMNO terlibat, biar polis melakukan siasatan terlebih dahulu, bukan buat tuduhan melulu sebelum polis selesai menyiasat,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Azwan BroKhairul Azwan Harunnothing to hide 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Rasmi: Azwan Bro Menang Ketua UMNO Pasir Salak

Tidak Rasmi: Azwan Bro Menang Ketua UMNO Pasir Salak

18/03/2023
0

PASIR SALAK: Khairul Azwan Harun menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dalam pemilihan parti itu yang diadakan di Dewan...

Bekas Senator Dikait Klip Audio Gesa Latheefa Letak Jawatan

11/01/2020
0

PETALING JAYA - Bekas senator Khairul Azwan Harun yang dikaitkan dalam pendedahan rakaman audio Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd