• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SWM Ambil Langkah Bendung Limpahan Sampah

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – SWM Environment Sdn Bhd mengambil langkah alternatif di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini bagi membendung limpahan sampah menjelang dan sepanjang cuti panjang minggu ini bermula dengan sambutan Hari Kebangsaan esok dan Hari Raya Aidiladha Jumaat.

Menurut Pengurus Wilayah Johor SWM Environment, Mohd Zan Arris, langkah alternatif itu diputuskan setelah menimbangkan akan keperluan penduduk sepanjang cuti kelepasan am berkenaan di samping memberi kesempatan kepada majoriti tenaga kerja SWM Environment yang beragama Islam meraikan Aidiladha tahun ini.

Jadual anjal perkhidmatan SWM Environment di Wilayah Johor Selatan yang melibatkan tujuh PBT dilaksanakan dengan menganjakkan jadual perkhidmatan sehari lebih awal bermula pada 26 Ogos hingga 2 Sept.

Langkah yang diambil hanya melibatkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal manakala gerak kerja bagi perkhidmatan pembersihan awam pula akan beroperasi seperti biasa, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kawasan PBT yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Mersing.

Pelaksanaan mekanisme jadual anjal perkhidmatan SWM Environment di lapan PBT di Wilayah Johor Utara pula hanya akan terpakai khusus sempena sambutan Aidiladha dengan menganjakkan jadual perkhidmatan kepada 2 Sept.

Lapan kawasan PBT yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Labis, Majlis Daerah Segamat (MDS), Majlis Daerah Yong Peng dan Majlis Daerah Simpang Renggam.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, orang ramai boleh menghubungi saluran-saluran yang disediakan seperti Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 ataupun menerusi aplikasi Whatsapp SWM di nombor 012-6180082. – BERNAMA

Tags: musim perayaanSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Lagi McFlurry Durian, Jumpa Lagi Tahun Depan

Next Post

Neelofa Bakal Tinggalkan MeleTOP?

Related Posts

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

02/05/2023
0

Putrajaya : Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ikuti Mynewshub: Telegram Timbalan Perdana...

Polis P. Pinang Jangka Pertambahan 50,000 Kenderaan Setiap Hari Musim Perayaan Ini

28/01/2022
0

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu...

Next Post

Neelofa Bakal Tinggalkan MeleTOP?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd