• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA Serlahkan Patriotisme Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semangat cintakan negara dan nilai patriotisme seluruh rakyat jelas dilihat sepanjang penganjuran Sukan SEA ke-29 oleh Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata semangat itu lebih terserlah apabila atlet-atlet negara mencatat kejayaan dan menyumbang pingat untuk Malaysia pada temasya dwitahunan itu.

“Apabila pingat emas diraih, bendera negara kita dijulang. Lagu Negaraku berkumandang. Malah, seluruh rakyat Malaysia berkobar-kobar memberi sokongan penuh kepada pasukan negara kita.

“Bagi seluruh atlet, saya merasakan inilah terjemahan semangat cintakan negara,” katanya dalam klip video ucapan Hari Kebangsaan 2017, yang dimuat naik di laman Twitter hari ini.

Ahmad Zahid juga berbangga apabila sokongan padu yang diberikan rakyat Malaysia kepada atlet-atlet negara tidak mengandungi sebarang prejudis terhadap mana-mana kaum.

Katanya sikap itu jelas menunjukkan nilai perpaduan sejati bangsa Malaysia.

“Kita harus kekalkan semangat ini demi negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Merdeka, merdeka, merdeka!” katanya.

Klip video berdurasi 4 minit 51 saat itu dimulakan dengan petikan temu bual bersama Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman, yang menceritakan perjuangannya mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Menurut Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu, setelah melihat usaha British menentang komunis terus gagal, beliau berpendapat satu-satunya cara untuk melawan komunis pada masa itu ialah dengan mendapatkan kemerdekaan.

“Inilah satu negeri dalam dunia yang berperang dengan komunis dan telah dapat kemenangan.

“Dengan adanya tuah seumpama itu (kemerdekaan), terpulang kepada rakyat jelata sekalian untuk menjaga dan memelihara negara kita ini supaya sampai akhir zaman dapatlah kita tumpang berteduh, keturunan kita tumpang berteduh dalam Malaysia negeri yang merdeka dan berdaulat,” kata Tunku Abdul Rahman.

Klip video itu seterusnya memaparkan Malaysia yang semakin berjaya dalam arus kemodenan, serta wajah beberapa rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.

Mereka adalah ahli astrofizik Prof Emeritus Datuk Dr Mazlan Othman, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, pakar bioteknologi Dr Mahaletchumy Arujana, penyanyi Yuna dan pelakon Datuk Michelle Yeoh.

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. – BERNAMA

Tags: patriotikSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Bulan Kemerdekaan, PBT Hilang Semangat Patriotik

16/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketika jabatan dan agensi kerajaan berlumba menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, ada satu pihak...

Singgah Mesra Perangsang Selangor Pupuk Semangat Patriotik

02/10/2018
0

SHAH ALAM - Program Singgah Mesra anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Bhd yang menyasarkan pemupukan semangat patriotik kini memasuki siri ketiga....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd