• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stres Kerja, Doktor Boleh Mengadu Di Talian ‘Helpdoc’

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Talian bantuan untuk membantu doktor perubatan menangani tekanan kerja dan masalah peribadi ditubuhkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Hotline dikenali sebagai “Helpdoc” dilancarkan di sini semalam untuk mengambil aduan daripada doktor perubatan terutama doktor muda yang masih menjalani housemanship.

Ketika berucap pada majlis pelancaran, Presiden MMA, Dr. Ravindran R.Naidu berkata talian bantuan itu disediakan oleh MMA dan diuruskan oleh kakitangan persatuan untuk mengambil aduan daripada doktor.

“Kami mempunyai satu pasukan mengandungi empat kakitangan dari MMA, yang akan berkhidmat untuk doktor di hospital-hospital di seluruh negara, mereka akan menjawab panggilan, mendengar masalah mereka, dan merujuk mereka kepada kaunselor atau pakar psikologi yang berkelayakan. Talian itu mempunyai sistem sokongan 24 jam dan beroperasi sepenuhnya hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Dr. Ravindran ketika menerangkan lebih lanjut berkata, talian bantuan itu ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menjadi sumber sokongan untuk doktor pelatih menyesuaikan diri dengan profesion mereka.

Majlis pelancaran dilakukan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Azman Abu Bakar yang dalam ucapannya berkata kementerian akan bekerjasama rapat dengan MMA untuk menangani aduan yang diterima oleh persatuan.

Untuk doktor yang memerlukan bantuan, sila hubungi “Helpdoc” di talian 03-4041 1140. — BERNAMA

Tags: doktorstress
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd