• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Bola Jaring Tak Gentar Berdepan Singapura

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan dua musuh tradisi sukan bola jaring rantau Asia Tenggara, Malaysia dan Singapura, akan sentiasa menjadi perhatian setiap kali acara itu dipertandingkan pada temasya Sukan SEA.

Tidak hairanlah jika tiket untuk acara sukan bola jaring pada temasya kali ini telahpun habis dijual sebaik sahaja Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) melancarkan penjualan tiket pada 4 Julai lepas.

Bagi ketua pasukan bola jaring kebangsaan, Nur Syafazliyana Mohd Ali, pertemuan dengan Singapura sentiasa dinanti-nantikan.

Bagi dirinya, perbezaan kedudukan ranking bukanlah penghalang sebaliknya kesungguhan dan iltizam setiap anggota pasukan menjadi penentu kejayaan.

“Ranking tidak memberi apa-apa tekanan kepada kami. Paling penting ialah prestasi pada perlawanan itu, kita tidak tahu siapa akan menang dan siapa akan kalah. Yang pasti, kami akan main bermati-matian,” kata pemain berusia 24 tahun itu kepada pemberita di sini hari ini.

Pasukan Singapura kini berada di ranking ke-18 dunia berbanding skuad negara yang berada di ranking ke-21, sementara satu lagi pencabar, Thailand pula berada pada kedudukan ke-31 ranking dunia.

“Memang kedua-dua pasukan (Malaysia dan Singapura) menjalani latihan di luar negara tetapi apa yang penting adalah prestasi kami…peningkatan permainan dari hari ke hari. Kami akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada,” katanya mengenai persiapan menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Secara peribadi, pelajar tahun akhir jurusan pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mahu merampas kembali pingat emas di gelanggang sendiri.

Sokongan peminat sukan tempatan amat ditagih dalam menjayakan usaha merebut semula pingat emas di sini.

“Sokongan padu penyokong tempatan sudah cukup dan memadai bagi kami untuk beraksi cemerlang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Skuad Bola JaringSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd