• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nordiana Kekok Jadi ‘Kekasih’ Fikry Ibrahim

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Siti Nordiana semakin ‘hangat’ apabila menjuarai program realiti Gegar Vaganza dua tahun lalu. Kini, namanya sering disebut-sebut apabila bergandingan dengan Fikry Ibrahim, pendatang baru industri hiburan tanah air.

Jika sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi yang mesra disapa Nana ini, mesti anda sudah tahu yang sekarang ini penyanyi Terus Mencintai sedang sibuk menjalani pengambaran untuk telemovie Cakelat Semanis Honey bersama Fikry Ibrahim.

Watak di dalam telemovie ini memerlukan dia bergandingan bersama Fikry sebagai pasangan kekasih dan disebabkan itu dia berasa kekok menjadi ‘kekasih’ Fikry walaupun pernah bergandingan sepentas mengacarakan program Gema Gegar Vaganza.

“Pada awalnya memang saya berasa kekok untuk berlakon sebagai pasangan kekasih bersama dengan Fikry kerana perbezaan usia di antara kami.

“Saya dan Fikry dah macam kakak dan adik, tapi apabila berada di set penggambaran, kami terpaksa menggunakan gelaran ‘awak’ dan ‘saya’.

“Kadang-kadang saya rasa macam nak muntah pun ada apabila perlu melakonkan babak yang romantik bersama Fikry memandangkan watak kami sebagai pasangan kekasih.

“Namun lama-lama perkara itu dah jadi biasa dan kami juga sudah mendapat keserasian untuk membawa watak yang diberikan dengan baik,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Mengulas tentang kenyataan itu, Nana telah memuatnaik satu posting di laman Instagramnya tentang kenyataan yang diberikan.

Ok mcm ni , meh sis explain kat adik2 semua , sis nak bgtau relationship antara sis & @fikryibrahim sebelum shooting drama #cekelatsemanishoney adalah seperti kakak dengan adik. Kalo tgk #gemagegarvaganza pun fikry selalu panggil kakak . So bila shooting drama ini, first scene yg memerlukan scene romantik dan sweet2 ,sis & fikry akan byk tergelak dan tersasul sbb nk biasakan panggilan ‘saya awak’ tu. Istilah nya mcm awkward dan kelakar la.. Dan dekat set bila fikry terpanggil akak, & sis terpanggil dia kau, kak @eyrahman22 akan denda kitorang rm5 😂😂😂 so, sehari dua je awkward sbb x biasa lagi kan. Tapi lepas tu dah ok dah . Xkan la sis nk muntah , sah2 fikry ala2 hero hindustan pujaan ramai ! Betul x @fikryibrahim ?? 😊😂 #sitinordiana #cekelatsemanishoney @fikryibrahimteam @sitinordianafc #takutadayangsalahfahampulakkan #panjanglebarsisexplain

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on Aug 19, 2017 at 5:18am PDT

Menurutnya, hubungan kakak dengan adik yang terjalin dari mengacarakan Gema Gegar Vaganza itu menyebabkan mereka berasa awkward untuk membahasakan diri dengan panggilan ‘saya awak’.

Dia juga menyatakan yang dia dan Fikry akan didenda dekat set jika dia terpanggil Fikry ‘kau’ dan Fikry membahasakan dia ‘akak’.

Tak kisahlah dengan panggilan apa pun, janji kedua-duanya boleh bersikap professional dan memberikan yang terbaik dalam telemovie ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Cakelat Semanis Honeyfikry ibrahimSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

22/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd