• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIRIM Akan Selesaikan Audit Teknologi 170 Firma

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Organisasi penyelidikan dan teknologi, SIRIM Bhd, dijangka akan menyelesaikan audit teknologi ke atas 170 syarikat dalam pelbagai sektor melalui Program SIRIM-Fraunhoufer tahun ini.

Program itu menggunakan dan mengamalkan prinsip-prinsip model Fraunhoufer dari Jerman mengenai penyelidikan gunaan untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata sehingga sekarang, sejumlah 80 firma daripada sektor kejuruteraan, elektronik dan jentera telah menyelesaikan audit teknologi mereka.

“Hasil daripada audit akan membantu PKS menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan produktiviti, menambah keupayaan pengurusan teknologi serta meningkatkan rantaian nilai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar inovasi makanan dan trend global di sini hari ini.

Dalam tahun 2015 dan 2016, sebanyak 320 syarikat telah dibuat audit teknologi.

“Penemuan melalui audit itu akan menentukan teknologi yang diperlukan bagi sesebuah syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka.

“Lebih 45 projek telah diluluskan untuk program menaik taraf teknologi dan 36 projek telah dikenal pasti bagi program memupuk,” katanya.

Seminar sehari itu telah diadakan seiring dengan Pesta Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia 2017 yang ke-18.

Ia disertai lebih daripada 200 peserta dalam industri makanan dan minuman, institusi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan sektor swasta. – BERNAMA

Tags: Program SIRIM-FraunhouferSirim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengilang, Pengimport Pelitup Muka Wajib Buat Perakuan SIRIM

05/04/2022
0

PUTRAJAYA - Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International...

Alat Jimat Tenaga Tanpa Kelulusan Sirim Bahaya

06/02/2017
0

SIK - Penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik yang tidak mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) boleh menjurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd