• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus 19 RUU

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara bagi mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-13 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama enam hari dan meluluskan 19 rang undang-undang.

Ia meliputi Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017,

Sidang Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017.

Ia turut meluluskan Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017.

Selain itu, sidang dewan juga meluluskan Rang Undang-Undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya hari ini berkata penglibatan yang aktif di kalangan anggota Dewan Negara menunjukkan dewan meneruskan proses semak dan imbang dalam penggubalan undang-undang.

“Suasana ini menunjukkan sistem Demokrasi Berparlimen terus subur dan dimartabatkan,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran pada akhir persidangan berkata beliau bangga dengan prestasi yang ditunjukkan anggota dewan yang disifatkan bertanggungjawab dan mengikut semua peraturan ditetapkan.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada empat senator yang tamat tempoh perjawatan sebagai anggota Dewan Negara iaitu S. Bagiam Ayem Perumal, Tan Sri S. Nallakaruppan, Datuk Jaspal Singh dan Datuk V.Subramaniam.

Persidangan dewan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Berdasarkan takwim Dewan Negara yang dipaparkan di laman web Parlimen Malaysia, dewan itu dijadual bersidang semula bermula 4 hingga 19 Dis depan. – BERNAMA

Tags: Dewan NegaraRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Sempena Cuti Umum

Next Post

Chef Wan Akui Takut, Bimbang ‘Dipenjara’

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Next Post

Chef Wan Akui Takut, Bimbang 'Dipenjara'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd