• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shalin Sasar Emas Acara Berpasukan Sukan SEA

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ikon tenpin boling negara Shalin Zulkifli menyasar pingat emas acara berpasukan dan podium bagi setiap acara yang disertainya pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Sukan tenpin boling menawarkan 11 pingat emas di mana lima adalah dari kategori wanita, lima kategori lelaki dan satu dari acara campuran.

Atlet berusia 39 tahun ini yang membuat penampilan buat kali kelapan dalam temasya Sukan SEA mengakui suasana pertandingan kali ini agak berlainan jika dibandingkan dengan penganjuran pada 2001 di Kuala Lumpur.

“Kali ini semangat saya lebih sikit sebab kami akan bertanding di tempat sendiri. Di sini kami berlatih dan di sini juga kami bertanding. Kami selesa di sini.

“Walaupun pasukan kali ini dibarisi pemain senior dan juga junior, tapi dari segi kesefahaman dan kerjasama memang baik,” katanya selepas sesi latihan skuad negara di Sunway Mega Lanes di sini hari ini.

Shalin juga menjanjikan persembahan terbaik dan pungutan pingat daripada skuad tenpin boling negara pada KL2017 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Ditanya mengenai cabaran yang bakal diterima skuad tenpin boling wanita, beliau berkata mereka akan menerima saingan sengit daripada pasukan Singapura tidak terkecuali Indonesia dan Thailand.

Pada temasya sama di Singapura, pasukan wanita meraih dua pingat emas melalui acara beregu wanita (Sin Li Jane/Esther Cheah) dan berpasukan lima pemain wanita (Shalin/Natasha Roslan/Shaidatul Afifah/Esther/Sin Li Jane/Siti Safiyah Amirah).

Sementara itu atlet elit negara Muhd Rafiq Ismail berkata beliau ternyata bersemangat dan dalam masa sama merasai tekanan beraksi di halaman sendiri.

“Saya rasa semangat lebih dari tekanan sebenarnya sebab saya jadikan tekanan itu sebagai inspirasi dan motivasi untuk beraksi lebih baik di hadapan penyokong tanah air.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan pencapaian saya dan saya yakin dapat berada dalam kalangan tiga terbaik dalam setiap acara yang disertai,” katanya.

Ditanya mengenai sesi latihan menjelang Sukan SEA, Rafiq berkata buat masa sekarang latihan berjalan seperti biasa tanpa sebarang pengurangan ataupun penambahan sesi latihan.

Untuk rekod, pada penganjuran Sukan SEA 2015 di Singapura, pasukan tenpin boling lelaki meraih tiga pingat emas melalui acara individu lelaki (Rafiq), trio lelaki (Rafiq/Ahmad Muaz Fishol/Timmy Tan Chye Chern) dan berpasukan lima pemain lelaki (Rafiq/Adrian Ang/Alex Liew/Ahmad Muaz/Jonathan Chan). – BERNAMA

Tags: Shalin Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Lorong Nafikan Pingat Emas Buat Malaysia

25/08/2018
0

PALEMBANG – Masalah yang dihadapi terhadap lorong pada permainan kelima menyebabkan skuad boling negara terlepas peluang meraih pingat emas dalam...

Boling AIK: Shalin Raih Tempat Ketiga Di Sweden

08/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan meraih tempat ketiga pada edisi ke-38 Kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd