• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sam Tak Faham Mengapa LHDN Dedah Info Peribadi

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiarkan notis muflis yang memaparkan data peribadi milik Shaheizy Sam di akhbar tempatan, Isnin lalu sehingga viral di laman sosial menjadi tanda tanya aktor tersebut.

Kata pelakon Polis Evo itu, dakwaan pegawai LHDN tidak dapat menghubunginya dianggap tidak munasabah kerana sebelum itu mereka pernah berurusan menerusi e-mel.

Baca: Shaheizy Sam Tak Tahu Dapat Notis Bankrap

“Saya bukan penjenayah nak larikan diri. Membayar cukai menjadi tanggungjawab saya, malah ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj.

“Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Sam turut meluahkan kekesalannya atas tindakan LHDN mendedahkan data peribadi seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya.

“Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai.

“Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial.

“Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula?” katanya.

Dedah Sam lagi, hingga hari ini dia dan ejen cukai yang dilantik olehnya masih menunggu penjelasan sebenar berhubung notis muflis terbabit.

“Hingga sekarang saya masih tidak tahu berapa amaun yang perlu dibayar kerana sedang membuat penilaian semula. Sebelum ini, saya bayar cukai tanpa membuat pengecualian. Salahkah ambil masa kali ini untuk membuat tuntutan itu?,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: LHDNShaheizy Sam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd