• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Mayat Anak Kapal USS John S McCain Ditemui

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penyelam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan Kor Marin menemukan baki lapan lagi mayat kelasi kapal USS John S McCain di dalam kapal tersebut, demikian menurut Armada Ketujuh AS hari ini.

Dua mayat anak kapal yang hilang dijumpai minggu lepas.

Kapal pemusnah peluru berpandu itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC di perairan timur Selat Melaka dan Singapura pada 21 Ogos lepas.

Kejadian itu sedang disiasat bagi menentukan fakta dan keadaan perlanggaran, menurut Tentera Laut AS dalam laman webnya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata usaha pencarian di dalam kapal itu ditamatkan selepas Tentera Laut AS mengumumkan kesemua 10 kru kapal yang hilang telah ditemukan.

Singapura sebelum ini menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat dengan AS, Australia, Indonesia dan Malaysia yang meliputi kawasan seluas 5,524 kilometer persegi.

Operasi berkenaan melibatkan lebih daripada 300 anggota daripada agensi Singapura termasuk MPA dan Angkatan Tentera Singapura (SAF), Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Operasi yang diketuai Singapura itu ditangguh pada 9 malam 24 Ogos selepas Tentera Laut AS mengumumkan penggantungan usaha mencari dan menyelamat untuk memberi tumpuan kepada pencarian di dalam kapal.

Singapura terus menyokong Tentera Laut AS dalam pencarian di kapal di Pangkalan Tentera Laut Changi sehingga kesemua anak kapal yang hilang dijumpai.

“Bagi pihak semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini, MPA menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada anak kapal Tentera Laut AS yang maut.

“Kami berharap mereka akan mendapat kekuatan untuk melalui saat-saat yang sukar ini,” kata Ketua Eksekutif MPA, Andrew Tan dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

Tags: kapal perangtentera AS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Su Kyi Tidak Mampu Selesaikan Konflik Rohingya

Next Post

KL2017: Atlet Gimrama Negara Sapu Bersih 4 emas

Related Posts

Tentera AS Rentas Sempadan Ke Korea Utara

Tentera AS Rentas Sempadan Ke Korea Utara

19/07/2023
0

SEOUL: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai berada dalam tahanan Korea Utara selepas menyeberangi sempadan yang dikawal ketat tanpa kebenaran....

Nahas Helikopter Di Syria: 22 Tentera AS Cedera

Nahas Helikopter Di Syria: 22 Tentera AS Cedera

13/06/2023
0

BEIRUT : Sekurang-kurangnya 22 tentera Amerika Syarikat (AS) cedera dalam kemalangan helikopter di timur laut Syria pada Ahad lalu. Ikuti...

Next Post

KL2017: Atlet Gimrama Negara Sapu Bersih 4 emas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd