• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempadan M’sia-Indonesia Selesai Dengan Politik

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Isu tuntutan bertindih beberapa sempadan wilayah Malaysia-Indonesia kemungkinan akan diselesaikan secara kesungguhan politik (political will) antara pemimpin dari kedua-dua buah negara berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, penyelesaian menerusi kesungguhan politik adalah jalan terbaik kerana mesyuarat jawatankuasa teknikal berkaitan hal itu telah melalui jalan buntu.

“Perkara ini (isu tuntutan bertindih) adalah kompleks, ia ambil masa yang panjang dan jawatankuasa teknikal telah bermesyuarat kira-kira 28 kali dan telah buntu. Kemungkinan besar ia diselesaikan melalui political will,” katanya.

Katanya, penyelesaian kesungguhan politik itu akan dibincangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Joko Widodo.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di kediaman rasmi Kedutaan Besar Malaysia di sini malam tadi.

Anifah dan para pegawai kanan kementeriannya berada di Jakarta bagi menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Bilateral (JCBC) ke-15 yang berakhir Jumaat lepas.

Mesyuarat itu turut membincangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu wilayah sempadan darat dan laut antara kedua-dua buah negara yang tertangguh begitu lama.

Antara tuntutan bertindih itu ialah kawasan perairan Malaysia-Indonesia yang dikenali sebagai Ambalat iaitu sebuah blok perairan antara Sulawesi, Indonesia dan Sabah, Malaysia serta kawasan perairan di Selat Melaka.

Pihak berkuasa Indonesia sentiasa bertindak tegas termasuk merampas dan membakar bot nelayan Malaysia yang didakwa memasuki wilayah perairan negara itu.

Dalam kejadian terbaru pada 18 Julai lepas, pihak berkuasa Indonesia melepaskan beberapa das tembakan terhadap sebuah bot nelayan Sekinchan bernombor pendaftaran SLFA 5099 yang didakwa memasuki perairan negara berkenaan.

Nelayan Malaysia itu membantah arahan pasukan penguat kuasa maritim Indonesia kerana mendakwa mereka masih dalam perairan Malaysia malah mendakwa pihak berkuasa Indonesia yang menceroboh masuk ke kawasan perairan negara.

Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi membantah tindakan penembakan itu dan mendakwa pihak berkuasa Indonesia telah menceroboh perairan Malaysia serta menimbulkan kekecohan terhadap nelayan Malaysia.

Katanya, setelah gagal menahan bot nelayan itu, pasukan maritim Indonesia menahan pula dua buah bot nelayan Sekinchan SLFA 4641 dan SLFA 4948 di perairan Malaysia dan dibawa ke Langsa di Aceh.

Mengulas insiden terbabit, Anifah berkata punca kejadian ialah kerana kekeliruan kawasan sempadan perairan dan dalam mesyuarat JCBC itu juga Presiden Jokowi bersetuju dengan saranan Malaysia agar pihak berkuasa Indonesia tidak perlu bertindak secara kasar atau menggunakan senjata api terhadap nelayan yang mencari rezeki di laut.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu ialah mengusir nelayan Malaysia terbabit dengan mengiringi mereka memasuki semula wilayah perairan negara.

Beliau berkata, isu tuntutan bertindih wilayah perairan sememangnya perlu diselesaikan dengan segera secara menyeluruh dan tidak harus dibiarkan berlarutan supaya nelayan dari kedua-dua buah negara dapat mencari rezeki dengan aman. – BERNAMA

Tags: Indonesiasempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd