• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semarak Merdeka, Plus Pamer Visual Rukun Negara

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mempamerkan visual Rukun Negara di semua 24 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), termasuk dua buah restoran jejantas kendaliannya.

Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata langkah itu sejajar dengan seruan kerajaan supaya syarikat swasta turut sama memainkan peranan dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan.

“PLUS memasang visual Rukun Negara di lokasi-lokasi strategik di semua kawasan R&R di sepanjang Lebuhraya PLUS. Secara tidak langsung visual Rukun Negara ini mampu menyuburkan semangat perpaduan dan ‘kekitaan’ dalam kalangan rakyat Malaysia terutama yang berkunjung ke R&R PLUS,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara di Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah Utara) di sini, hari ini.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Sr Aziz Abdullah, Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz dan Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

Mohd Sheriff berkata PLUS dengan kerjasama Arkib Negara turut mengadakan pameran bertemakan Rukun Negara dan kemerdekaan di galeri Jejantas Sungai Buloh yang bertujuan memberi penghayatan dan pemahaman lebih jelas mengenai dasar Rukun Negara.

Sementara itu, dalam sidang media, Kurup berkata dianggarkan lebih 80 peratus daripada 31.7 juta penduduk Malaysia lahir selepas negara mencapai kemerdekaan.

Justeru, beliau mengingatkan generasi pasca merdeka itu supaya terus menghargai keamanan dan kemakmuran negara dan menjauhi segala anasir yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan.

“Orang muda kita ini, lebih 80 peratus belia dan beliawanis, mereka tidak melalui benda-benda (kepayahan dan kesusahan generasi terdahulu) yang kita lalui, jadi perlu kita didik mereka menghayati sejarah, mengajar mereka tentang Rukun Negara,” katanya.

Mengenai kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara yang dilancarkan PLUS, Kurup berkata ia satu inisiatif yang harus dipuji dan dicontohi.

“PLUS telah menganjurkan satu program yang amat baik, yang bukan sahaja memberitahu prinsip Rukun Negara tetapi mereka memberi kefahaman tentang latar belakang Rukun Negara, apa sebenarnya perjuangan, itu yang amat penting bagi kita untuk menjiwai Rukun Negara,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Netizen Rela ‘Ditembak’ Oleh Polis Ini…

Next Post

Vingada Cari Strategi Malaysia Menentang Syria

Related Posts

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

30/07/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki yang tular menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Next Post

Vingada Cari Strategi Malaysia Menentang Syria

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd