• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Beriya Sangat Pun…” – Fathia Latiff

oleh
27/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH belum habis lagi nampaknya fenomena Putera Mateen apabila dilihat terdapat lagi segelintir gadis yang belum ‘move on‘ dengan kekacakan putera kelahiran Brunei ini.

Sesiapa yang rancak mengikuti perkembangan Sukan SEA ke-29 pasti sudah sedia maklum baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan acara ekuestrian polo antara Malaysia dan Brunei.

Ramai netizen yang hadir menonton perlawanan tersebut, di samping ‘cuci mata’ melihat putera kacak, Putera Abdul Mateen Bolkiah termasuk Fathia Latiff yang dilihat sempat berswafoto dengannya.

Baca: Peminat Teruja Fathia ‘Payung’ Gambar Mateen

Gambar yang ‘dipayung’ oleh pelakon tersebut menjadi perbualan hangat dalam kalangan para netizen di mana rata-rata antara mereka begitu teruja melihatnya.

Fathia bagaimanapun berkata sebenarnya dia ke sana hanya untuk menemani rakan, Tengku Hanis, menonton perlawanan tersebut berikutan gadis itu sememangnya meminati sukan berkenaan.

Tambahnya lagi, tentang isu gambar bersama Prince Mateen itu sebenarnya bukan dia beriya sangat pun nak ‘berselfie’ tetapi hanya grab peluang yang ada.

“Saya pergi situ sebab kawan yang ajak, dia memang minat sukan polo. Saya teman dia saja, sambil tu sempat juga menonton pertandingan tersebut.

“Sebenarnya, saya tak beria-ria sangat nak berfoto dengan Putera Abdul Mateen tapi bila sudah ada peluang saya tak mahu lepaskan. Saja nak tunjuk pada gadis-gadis yang minat pada putera tersebut,” ujarnya yang dilaporkan sebuah portal online.

Haaa… Peluang dah depan mata. Takkan lah nak lepas pulakkk… Ye takkk?

This is for u girls😘

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on Aug 23, 2017 at 1:14am PDT

Dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang sempat mengusik pelakon itu dilihat begitu padan di samping putera kacak tersebut.

“Lawanya @fatiyaliff, kalau ada jodoh saya sokong tu,” komen @aliya_azzahra

“Semoga berjodoh @fatiyalatiff & @tmski,” tulis @juan_adzwan pula.

Bertuah sungguh Fathia dapat peluang keemasan ini! Sama cantik, sama padan. Hmmm… mana tahu berjodoh kan… ehhh? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Fathia LatifPrince Mateen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hutang Negara Masih ‘Boleh Diurus’ – RAM Ratings

Next Post

RCI Siasat Memali Ditubuhkan Jika Ada Permohonan Rasmi

Related Posts

6 Bulan Berlalu, Fathia Masih ‘Dihantui’ Silap Lama

01/04/2018
0

MESKIPUN sudah 6 bulan kontroversi aplikasi Bigo Live berlalu, namun Fathia Latiff mengakui masih 'dihantui' kesilapan lalu. Menurut Fathia, kesan...

Fathia Latiff Kecewa Cara Netizen Menegur

18/03/2018
0

PELAKON, Fathia Latiff mengakui kecewa dengan sikap sesetengah pengikut di laman sosial yang tidak menjaga bahasa serta tutur kata ketika...

Next Post

RCI Siasat Memali Ditubuhkan Jika Ada Permohonan Rasmi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd