• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Cuba Hadiahkan Emas Acara Omnium

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pelumba elit berbasikal negara Ju Pha Som Net berikrar untuk meraih emas acara trek Omnium selepas menyumbang dua perak kepada kem negara menerusi acara lebuh raya iaitu Kriterium Wanita dan Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita pada Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

Ju Pha, 24, berkata walaupun melalui proses latihan yang singkat kira-kira tiga bulan selepas beliau menamatkan latihan rekrut polis pada Mei lepas, kejayaannya meraih pingat untuk Malaysia suatu yang membanggakan meskipun amat berhajat kepada kilauan emas.

“Saya memang sasar emas (acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita hari ini) dan memang dah sehabis mungkin saya bagi (berusaha), (akhirnya) dapat perak juga. Tapi tak apalah, saya ada masa tiga hari untuk fokus kepada acara omnium.

“27 haribulan ini saya akan buktikan memang saya target emas dekat trek (dan) akan dapatkan satu pingat emas untuk acara terakhir saya,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas upacara kalungan pingat yang disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab di Dataran Nilai, di sini.

Anak kelahiran Perlis itu berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaiannya bagi dua acara lebuh raya, meskipun merasakan latihan yang dijalaninya sebelum menyertai temasya dwitahunan itu belum mencukupi.

“Dalam acara lebuh raya ini, saya berpuas hati sebab saya pun memang tak cukup latihan dan daya tahan, masa berlumba pun saya merasakan kaki kejang tapi saya tetap fokus dan banyak minum air. Selepas itu hilanglah kejang itu. Saya agak gembira dapat perak.

“Sudah enam bulan berhenti (kayuh) basikal (dan) lepas itu nak mula balik dari zero sampai hari ini… nak dapat dua pingat ini susah (sebenarnya) pada saya yang jalani latihan dalam masa singkat. Ini yang saya mampu untuk acara lebuh raya tapi dalam trek, saya percaya boleh dapat emas,”katanya.

Pada acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita, Ju Pha meraih perak, emas milik juara bertahan Nguyen Thi That daripada Vietnam dan gangsa milik Priatna Ayustina Delia daripada Indonesia.

Ketiga-tiga mereka merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16s dan keputusan ditentukan secara ‘photo-finish”.

Pada acara yang melibatkan jarak sejauh 101.5 kilometer itu, seramai 13 peserta mengambil bahagian acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita daripada negara peserta Vietnam, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Singapura.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara Lepas Beramai- Ramai Individu Wanita adalah pada temasya Sukan Sea 2005, di Manila, Filipina menerusi Nor Azian Alias.

Pada edisi ke-28 di Singapura pada 2015, Thi That meraih pingat emas acara berkenaan dan pelumba negara Nurul Shuhada Zainal menghadiahkan gangsa kepada kem negara manakala Ju Pha sekadar meraih tempat ke-12, selepas terlibat kemalangan ketika perlumbaan. – BERNAMA

Tags: Ju Pha Som NetSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terima Laporan Penulis Politik Akhbar Tamil Dipukul

Next Post

Azizulhasni Panjat Pokok Sokong Rakan Sepasukan

Related Posts

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

30/10/2017
0

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan...

Next Post

Azizulhasni Panjat Pokok Sokong Rakan Sepasukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd