• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR Bagi Kru AS Yang Masih Hilang Diteruskan

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kawasan pencarian yang diliputi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pelbagai agensi diketuai oleh Singapura diperluaskan lagi kepada 5,524 km persegi hari ini, daripada 2,620 km persegi pada Selasa, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA).

Dalam perkembangan terkini usaha SAR, MPA berkata usaha mencari yang diselaraskan dengan Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia dan Australia; Singapura dan Amerika Syarikat menumpukan usaha mencari di sektor tengah kawasan pencarian Malaysia, Australia dan Indonesia, masing-masing menjalankan pencarian di sektor Baratlaut, Timurlaut,dan Selatan, kata MPA.

MPA berkata operasi SAR memasuki hari ketiga untuk mencari kru USS John S McCain yang masih hilang selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat itu berlanggar dengan sebuah kapal tangki, Alnic MC di perairan Singapura pada 21 Ogos.

“Operasi menyelam untuk mencari mangsa-mangsa yang hilang masih dijalankan,” kata MPA.

MPA berkata untuk memperluaskan kawasan pencarian, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengerahkan sebuah pesawat Fokker 50 dan pesawat C-130, serta meletakkan helikopter Super Puma dalam keadaan bersiap siaga sementara Australia menyertai operasi hari ini dengan menggunakan pesawat P3.

MPA, agensi penyelaras bagi usaha SAR berkata secara keseluruhan, lebih 300 anggota dari Singapura dikerah bagi operasi tersebut.

Pada Selasa, Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift berkata beberapa mayat telah ditemukan dan satu mayat ditemukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Penyelam tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor marin mengesan mayat-mayat itu apabila mereka memasuki kompartmen-kompartmen tertentu di bahagian kapal yang mengalami kerosakan dalam operasi mencari.

Mayat-mayat itu dipercayai antara 10 kru yang masih hilang selepas kapal pemusnah dilengkapi peluru berpandu itu berlanggar dengan kapal tangki pada pagi Isnin. – BERNAMA

Tags: SAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Mahu NCIA Tumpu Program Inovasi Sosial

Next Post

6 Wanita Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

6 Wanita Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd