• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Sekolah, Guru Biar Anak Dibuli Dalam Kelas

oleh
03/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta di ibu negara dan seorang guru kelas ekoran anaknya mendakwa dibiarkan dibuli.

Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, memfailkan tuntutan itu dengan menamakan sekolah di Setapak itu dan pendidik wanita terbabit yang merupakan guru ganti masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Selaku palintif, dia yang bertugas sebagai pegawai komunikasi dan anaknya iaitu Agung Ishmael yang berusia lapan tahun; memfailkan tuntutan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, lapor media tempatan.

Dalam tuntutannya, lelaki berkenaan mendakwa anaknya digigit di bahagian muka dan ditendang di bahagian punggung oleh rakan sekelasnya dalam kelas tanpa sebarang tindakan diambil oleh guru itu pada 1 Jun lalu.

Dia malahan mendakwa bahawa anaknya cedera dan sering diganggu oleh kanak-kanak itu, namun tiada tindakan oleh kedua-dua defendan termasuk memberi rawatan walau pun maklum mengenai insiden buli tersebut.

Menyedari situasi yang tidak wajar itu pada jam 2 petang hari kejadian, lelaki terbabit segera membawa anaknya ke Pusat Perubatan Prince Court di sini untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Mohamad Fairul juga menuntut pembatalan tindakan penggantungan persekolahan selama lima hari kerana anaknya itu kemudian didakwa konon sebagai bergaduh dengan seorang murid.

Dia seterusnya berkata bahawa penggantungan tersebut juga sebagai “tidak wajar” kerana tidak memberi peluang kepada anaknya, selaku plaintif kedua, untuk membela dirinya dalam insiden 8 Julai.

Mohamad Fairul menuntut deklarasi bahawa tindakan gantung oleh pihak sekolah berkenaan sebagai tidak sah dan wajar diketepikan serta memohon pembatalan nama Agung Ishmael daripada rekod disiplin murid.

Dia melalui firma guaman, RamRais & Partners turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas sebanyak RM6,009.70 untuk kos rawatan dan pemulangan deposit persekolahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bulisekolah swasta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerana Mulut Nik Mikhail, Seniman Lapor Polis

Next Post

Pengalaman Beli Online Wanita Ini Cuit Hati Netizen!

Related Posts

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

10/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah dan boikot diklasifikasikan sebagai perbuatan buli yang...

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

24/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah...

Next Post

Pengalaman Beli Online Wanita Ini Cuit Hati Netizen!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd