• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah Cerai, Chef Wan Doa Serina Tabah

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAH cerai talak satu, selebriti masakan terkenal negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kini mendoakan anak perempuannya, Serina Redzuawan agar tabah menghadapi hari-hari mendatang selepas berpisah dengan bekas suami, Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O’Luanaigh.

Pada masa sama Chef Wan bersyukur apabila Serina akhirnya dapat menuntut cerai daripada ahli korporat terbabit.

Alhamdulilah this morning Serina got her wished for her divorce from Gavin in court. The court honored her wish for that nafkah thing. Alhamdulilah. Next will be penjagaan anak2 dan segala tututan nafkah serta segala mata pencarian dia pulak that i want to make sure that justice is done to my daughter! Its time to move on and close another chapter of our life. Women as our wife should be treated with kindness and respect just like how we treat our very own mother. Afterall they are the mother of our own children. If u dont want your very own daughter to be treated like that in the future by her husband why would u do such a thing to your own wife?

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Jul 31, 2017 at 8:50pm PDT


“Alhamdulillah, pagi ini Serina dapat tuntut cerai daripada Gavin di mahkamah. Mahkamah memutuskan soal nafkah yang dituntut berpihak kepadanya.

“Seterusnya nanti adalah soal penjagaan anak dan segala tuntutan nafkah serta mata pencarian pula. Saya harap dan mahu pastikan keadilan akan diberikan kepada anak saya,” tulis Chef Wan di Instagramnya, hari ini.

Chef Wan juga sempat berpesan agar golongan isteri diberikan layanan yang baik.

“Sudah tiba masanya untuk kita anjak ke hadapan dan tutup buku lama dalam hidup ini. Wanita sebagai isteri patut dilayan dengan baik dan dihormati seperti kita melayan ibu sendiri. Lagipun, mereka inilah ibu kepada anak kita,” katanya lagi.

Sementara itu, para peminat Chef Wan turut membanjiri ruangan komen dengan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga Serina.

Serina sah bercerai talak satu dengan Salahuddin di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, pagi ini. Pasangan berkenaan berkahwin pada 1 Januari 2010.

Lafaz cerai dilakukan Gavin di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani, kira kira jam 10.49 pagi.

Serina, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Menerusi perkahwinan yang dibina, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 7, serta Isabella Saffiya, 5. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Chef Wanserina redzuawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Chef Wan Dedah Najib Minta Bantuannya Ketika Bergelar PM

09/07/2019
0

SHAH ALAM - Tokoh Ikon Felda, Datuk Redzuawan Ismail mendedahkan beliau diminta berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada warga Felda...

Najib Sindir Chef Wan ‘Dirasuk Syaitan’

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Datuk Redzuawan Ismail bahawa Tokoh Ikon Felda itu telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd