• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SADA Siap Sedia Tangani Masalah Air Pada Aidiladha

oleh Ahmad Albab
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) kini bersedia menangani sebarang masalah berkaitan air bersih ketika cuti sambutan Aidiladha pada 1 dan 2 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata bagaimanapun pihaknya menjangkakan tidak akan berlaku masalah gangguan air yang kritikal pada masa itu.

“Bagaimanapun, SADA sama sekali tidak akan memandang mudah perkara itu dan persiapan rapi telah kita aturkan bagi menghadapinya jika berlaku masalah gangguan air.

“Antara persiapan itu ialah penyediaan lori-lori tangki dan tenaga kerja yang mencukupi bagi menangani sebarang masalah air,” katanya kepada pemberita selepas sesi Majlis Mesra Media di pejabat syarikat itu di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata untuk itu, SADA telah menyediakan kira-kira 60 lori tangki untuk membawa air ke tempat-tempat yang terjejas nanti.

“Pada Aidilfitri lepas, keadaannya berbeza dan persiapan SADA pada masa itu adalah tiga kali ganda daripada persiapan Aidiladha ini termasuk pembekuan cuti kakitangan,” katanya.

Beliau berkata SADA bagaimanapun gembira dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik termasuk membekalkan air tangki di tempat bermasalah pada musim Aidilfitri lepas.

“Aduan yang diterima pada masa itu juga sangat berkurangan dan SADA telah bertindak cepat menyelesaikan masalah air sebaik menerima laporan,” katanya.

Abdul Ghani berkata pada kali ini SADA akan memastikan lokasi penyembelihan lembu korban terutama di masjid tidak akan berlaku masalah gangguan air.

Sementara itu, beliau berharap semua pengguna menggunakan air secara berhemah bagi mengelak berlaku pembaziran.

Katanya pengguna boleh menghubungi SADA di pusat informasinya 1300880017 jika mempunyai sebarang masalah. – BERNAMA

Tags: AidiladhaGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd