• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Memali: Mahathir Setuju Beri Kerjasama

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan memberinya peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku pada peristiwa Memali sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenainya ditubuhkan.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia memberi kerjasama kepada RCI itu bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.

“Saya alu-alukan adanya RCI Memali kerana pada masa itu, kita boleh dedah apa yang berlaku. Saya sedia (beri kerjasama) dan saya minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku lebih 30 tahun dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan di sini, hari ini.

Dr. Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan RCI​​ ​​itu bagi ketahui kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan.

Dalam peristiwa Memali itu, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Mengulas mengenai penyebab utama peristiwa itu berlaku, Dr. Mahathir mendakwa ia terjadi berikutan peranan pemimpin tertentu yang mempengaruhi pemikiran politik Islam pada masa itu menerusi suatu amanat yang memuncak sebelum pertumpahan darah itu berlaku.

“(Peristiwa Memali berlaku) kerana (adanya) desakan pemimpin yang janjikan syurga,” dakwa beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dr. Mahathir juga bahawa polis terpaksa bertindak terhadap penduduk kampung berkenaan selepas mereka membunuh empat anggota polis itu.

“Kalau tak bunuh polis… mereka (polis) tak akan balas,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS dan anggota keluarga mangsa meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali itu. – BERNAMA

Tags: MemaliTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd