• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis Makanan Patuh Larangan Guna Polisterin

oleh Ahmad Albab
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat penerimaan positif pengusaha premis makanan di sekitar ibu kota.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga industri itu tidak lagi menggunakan polisterin untuk membungkus makanan sebaliknya telah bertukar kepada pembungkus daripada bahan lebih biodegradasi (boleh urai) seperti kotak dan kertas kertas minyak.

Presiden Kelab Trak Makanan Bandaraya Kuala Lumpur Shiraj Shah Subahan berkata kebanyakan daripada kira-kira 200 peniaga yang bernaung bawah persatuan itu mula menggunakan kotak dan beg kertas sebagai pembungkus sejak hujung tahun lepas.

“Kita memang telah bersedia lama dan menganggap penggunaan polisterin sebagai tidak relevan, memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan menjejaskan persembahan makanan kepada pelanggan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang menjalankan perniagaan roti benggali juga berpendapat penggunaan pembungkus kertas menjadikan produk nampak lebih terampil kerana kelihatan lebih kemas selain boleh menjadi medium pengiklanan dalam mempromosi perniagaan.

Peniaga gerai nasi kerabu Nor Farhana Sulaiman, 32, yang memilih kertas minyak sebagai pembungkus pula berpendapat penggunaan bahan itu lebih murah dan kompak selain menyumbang kepada kehidupan lebih sihat.

“Dari segi modal tidak jejas banyak harga lebih kurang sahaja, nak simpan stok pembungkus pun lebih senang berbanding dengan polisterin…ia juga sebahagian tanggungjawab peniaga dalam menyokong inisiatif hijau,” katanya yang telah berniaga lebih lima tahun.

Pesara guru, S. Vijaya Letchemi, 52, berkata pelaksanaan itu dilihat bertepatan dengan usaha memulihara kelestarian alam sekitar sekali gus membawa Malaysia setaraf negara maju.

“Semua pihak perlu menyokong dan turut sama memainkan peranan dalam menjayakannya, saya sedang cuba membiasakan diri untuk membawa bekas makanan sendiri jika mahu membungkus makanan di kedai,” katanya.

Pekerja swasta Desmond Lim, 26, pula berharap pihak pembekal menawarkan lebih banyak pilihan pembungkus daripada bahan biodegradasi sesuai dengan keperluan dan jenis makanan.

“Ada sesetengah bahan bungkusan tidak sesuai digunakan untuk mengisi makanan basah atau cecair, ini menyebabkan plastik masih digunakan,” katanya.

Kementerian Wilayah Persekutuan menyarankan peniaga di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya agar tidak lagi menggunakan bahan bungkusan yang diperbuat daripada polisterin dan mewajibkan penggunaan produk biodegradasi mulai Jun tahun lepas sebelum penguatkuasaan bermula 1 Sept ini.

Kompaun maksimum sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun boleh dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai tarikh penguatkuasaan itu. – BERNAMA

Tags: polisterinpremis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming

‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming

26/01/2025
0

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak individu dan tidak menjadikan penjualan...

Premis Jual Telur Masin Berulat Diarah Tutup Sementara

Premis Jual Telur Masin Berulat Diarah Tutup Sementara

17/10/2024
0

ALOR SETAR: Sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana dipercayai menjual telur masin berulat, diarah ditutup sementara. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd