• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pondan Insaf Harap Kisah Taubatnya Jadi Pedoman

oleh
03/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP manusia pasti melakukan kesalahan…Tapi syukur ada yang sudah kembali ke pangkal jalan apabila hidayah Allah mula ‘menjentik’ hatinya untuk berubah.

Awal minggu lalu, seorang guru yang merupakan bekas pondan telah mendedahkan kisah zaman jahiliahnya ketika bergelar pondan.

Guru yang dikenali sebagai cikgu Jefferi, 52, di akaun Facebooknya telah membuat liputan secara live atas sebab untuk memberi pengajaran dan pedoman kepada pondan yang lain dil luar sana.

Di dalam live tersebut, Jefferi juga menunjukkan gambarnya ketika bergelar pondan. Dia juga menunjukkan silicon yang digunakannya untuk mendapatkan payu dara yang montok persis wanita asli.

Jefferi juga merupakan pengasas produk kecantikan SB SuperBeauty. Biasalah, kalau golongan seperti ini pasti ada sahaja produk kecantikan yang diusahakannya.

Tapi Jefferi sama sekali tidak seperti pondan yang lain kerana dia telah pun kembali ke fitrah asalnya iaitu seorang lelaki.

Kisahnya sangat menyayat hati apabila dia juga berkongsi kata-kata terakhir arwah ibunya lapan tahun lalu tentang jalan hidup songsang yang dipilihnya itu.

“Ketika arwah ibu saya hidup, dia selalu tanya saya: Kenapa engkau jadi macam ni? Mak lahirkan laki laki, kenapa kau pilih jadi perempuan,” cerita Jefferi dengan rasa kesedihan yang masih menebal di dalam dirinya.

Jefferi juga berkata sebab utama dia kembali ke pangkal jalan ialah kerana solat. Dia mengaku bahawa sepanjang dia menjadi pondan, dia langsung tak menunaikan solat.

Ye lah, kalau orang tak tahu mesti orang keliru samada dia lelaki atau perempuan.  Kalau dia pakai telekung, dia sendiri tahu dia bukan wanita. Dan kalau dia pakai kain pelikat bersama ketayap, pasti orang memandang pelik. Mana ada lelaki ada payu dara yang besar macam perempuan? Rambut panjang pula tu?

Akhirnya Jefferi berubah dan mula mengerjakan solat setiap hari. Pada mulanya beliau hanya mengerjakan satu waktu, kemudia dua waktu dalam keadaan dirinya berpakaian wanita dan mempunyai implan pada badan, dan akhirnya beliau berjaya solat lima waktu sepanjang hari. Itu merupakan nikmat yang takkan dilupakannya setelah sekian lama tidak mengerjakan solat.

“Suatu hari Allah ketuk hati saya..tidak ada cara lain untuk hidup bahagia kerana yang perlu kita cinta kerana Allah sahaja..”

Tambah Jefferi lagi dia pernah didatangi oleh seorang penilik nasib Banggali yang mengatakan bahawa dia punyai semua benda di dunia tapi dia tak punya kebahagiaan.

Jefferi cuma mengharapkan khususnya pondan yang lain supaya dapat mengambil kisah penghijrahannya sebagai pedoman supaya mereka sedar bahawa kuasa Allah itu besar.

Ada juga netizen yang bersuara supaya Nur Sajat juga dapat mengikut jejak langkah Jefferi jika benar Sajat merupakan seorang lelaki dan bukannya khunsa.

Difahamkan Jefferi juga bakal ke Thailand semula untuk membuang implan di hidungnya itu. Katanya lagi semua pondan sangat berbangga dengan tubuh badan plastik mereka itu sampai ada yang sanggup bergaduh dengan perempuan tulen kerana mahu dipuji body cantik.

Ini baru pondan insaf yang betul-betul sudah bertaubat.  Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan segala kurnian Yang Maha Esa dan jangan sesekali kufur dengan nikmatNya. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: pondan insaf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syamsul Ucap Terima Kasih, Redza Minhat Yang ‘Panas’?

Next Post

Kibar Jalur Gemilang Demi Rasa Cinta Terhadap Negara

Related Posts

No Content Available
Next Post

Kibar Jalur Gemilang Demi Rasa Cinta Terhadap Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd