• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Kes Bendera Indonesia Dicetak Terbalik

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang siasat dari semua sudut termasuk unsur-unsur sabotaj berhubung kes kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahati upacara pembukaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kes tersebut.

“Ya, kami ada terima laporan polis berhubung isu ini dan biar kami selesaikan siasatan terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPs) Tahun 2017 di Bukit Aman, di sini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Malaysia selaku tuan rumah KL2017 kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu kepada Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, di sini.

Terdahulu, Imam Nahrawi menyatakan kekesalan berhubung perkara itu melalui akaun Twitter beliau yang kemudian dibalas Khairy juga melalui Twitter dengan permohonan maaf selain menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan.

Diminta mengulas mengenai tahap keselamatan sepanjang temasya itu berlangsung, Khalid berkata setakat ini semua dalam keadaan terkawal dan tahap keselamatan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Khalid melancarkan Modul MyPSc yang merupakan manifestasi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan nilai-nilai integriti warga PDRM.

Beliau berkata modul berkenaan dilihat sebagai usaha berterusan Jabatan Intergriti Pematuhan Standard PDRM yang memberi penekanan aspek psikologi dan spritual kepada warga PDRM.

“Saya difahamkan, edisi pertama modul MyPS telah dicetak sebanyak 1,050 naskah dan akan diedarkan di seluruh kontinjen serta formasi PDRM yang mempunyai pegawai psikologi ataupun pegawai Hal Ehwal Islam,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

05/09/2017
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi...

8 Ditahan Di Johor Bahru Disyaki Proses Dadah

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Lapan suspek disyaki terlibat memproses dadah di Johor Bahru, Johor ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd