• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Siasatan Kes Mahathir Mahu Guling PM

oleh
06/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan kes Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merancang ‘guling’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim ketika mengesahkan perkara tersebut apabila ditanya pihak media berkata, proses siasatan akan dibuat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 500 iaitu jenayah fitnah.

Kertas siasatan dibuka setelah polis menerima laporan dari kedua-dua belah pihak bahkan semua individu termasuk Mahathir sendiri akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berhubung dakwaan konspirasi tersebut.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di ibu negara, Noor Rashid memberitahu bahawa dalam proses siasatan itu, semua pihak berkaitan tidak akan terlepas waima Mahathir akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Kami akan memanggil setiap orang yang terlibat. Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan,” katanya.

Semalam di Kubang Pasu, Kedah, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan Mahathir konon beliau berjumpanya pada 2015 untuk meminta bantuan dalam rancangan bersama menjatuhkan Najib.

Sebaliknya kata beliau yang jua Menteri Dalam Negeri, bekas Perdana Menteri itu yang memberitahu mengenai komplot jahat hendak ‘guling’ Perdana Menteri malah beliau ada rakaman perbualan ketika pertemuan tersebut.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa adalah tidak logik setelah 10 hari dilantik sebagai timbalan Najib susulan rombakan Kabinet, tiba-tiba merancang konspirasi itu kerana beliau bukan jenis ‘gigit tangan’ tuannya sendiri.

Mahathir mengeluarkan tohmahan itu ekoran pengesahan Ahmad Zahid pada Ahad minggu lalu mengenai asal-usul dirinya bagi mengalihkan perhatian umum terhadap krisis melanda pembangkang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd