• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta 164 Tak Rampas Bidang Kuasa Syariah

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164) tidak merampas hak bidang kuasa mahkamah syariah terhadap mereka yang memeluk Islam atau mualaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan dalam RUU tersebut hanya memberikan peluang kepada mualaf membubarkan perkahwinannya melalui prosiding sivil kerana sebelum ini peruntukan sedia ada tidak terpakai kepada orang yang memeluk agama Islam (mualaf).

“Selain itu perkahwinan sebelum mualaf memeluk Islam dibuat di bawah Akta 164 juga hendaklah dibubarkan di bawah akta yang sama, jadi tidak timbul bidang kuasa mahkamah syariah telah dirampas dalam pindaan RUU ini,” katanya ketika menggulung RUU tersebut di persidangan Dewan Negara hari ini.

RUU tersebut kemudian diluluskan Dewan Negara.

Pada 10 Ogos lalu, persidangan Dewan Rakyat meluluskan RUU itu yang antaranya memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian bagi membubarkan perkahwinan sivil mereka yang termaktub di bawah subseksyen 51 (1) RUU itu.

Ia juga bertujuan menjaga kepentingan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak menyelesaikan semua isu berbangkit kerana pembubaran perkahwinan tersebut termasuk soal kebajikan anak-anak bagi menjamin masa depan mereka.

Sementara itu Azalina dalam satu kenyataan berkata pindaan tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti didakwa sesetengah pihak.

Justeru tidak timbul isu bahawa pindaan ini bercanggah dengan Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, ini kerana apabila salah seorang daripada pasangan tersebut memeluk Islam mereka masih boleh merujuk kepada mahkamah sivil mengenai perkara berhubungan dengan pembubaran perkahwinan yang dibuat di bawah undang-undang sivil.

“Sehubungan itu saya berharap semua pihak memahami terlebih dahulu pindaan ini sebelum membuat sebarang kenyataan. Perkara ini penting demi kesejahteraan masyarakat sejagat agar tidak disalah tafsir, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dengan kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dalam masa yang sama memelihara prinsip kemajmukan bangsa dan agama di kalangan rakyat negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman SaidPindaan Akta 164RUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd