• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Tular Isu Gambar Dr. M “Buat Kerja Gila”

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.

Katanya tindakan pihak terbabit juga adalah “satu kerja gila”.

“Walaupun dalam politik Tun Mahathir sudah menjadi pembangkang dan merupakan lawan Barisan Nasional, kenapa perlu secara tiba-tiba untuk meniadakan gambarnya dalam buku tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah memberi sebarang arahan agar gambar bekas pemimpin negara itu dikeluarkan daripada buku tersebut.

“Mana mungkin memandangkan kita mempunyai prosedur tertentu termasuk jawatankuasa semakan dan jawatankuasa profesional dalam menapis sebarang isi kandungan yang dijadikan buku teks pelajar sekolah,” katanya.

Mahdzir juga berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan.

“Apa yang penting sekarang kita akan cari punca di mana perkara ini bermula termasuk di mana ia diterbitkan,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Mahdzir berkata beliau menerima sebarang laporan mengenai kes dera membabitkan seorang murid tahun satu di Kapit, Sarawak yang dilaporkan semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd