• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persembahan Sheila Majid Masih Menyengat!

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kali terakhir membuat persembahan di Stadium Negara pada 26 tahun lalu, semalam Datuk Sheila Majid kembali menyinari lokasi tersebut dengan konsert dan persembahannya yang memukau menerusi ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’. 

Pada usia 52 tahun, Ratu Jazz negara ini mampu mengekalkan momentumnya selepas konsert solo pertamanya yang dianjurkan tujuh tahun lalu.

Dengar-dengarnya konsert ini mendapat sambutan hangat apabila 4,000 keping tiket habis terjual dengan harga dari RM98 hingga RM888. Wow, tahniah Sheila Majid!

40 buah lagu dipertaruhkan pada konsert kali ini termasuk medley antaranya Pengemis Muda, Embun, Di Dalam Emosi Ini, Fikirkan Dulu, Tua Sebelum Waktu, Gerimis dan Kepergianmu.

Tidak dilupakan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama penyanyi Jazz ini seperti Di Suatu Persimpangan, Persis, Panorama, Ratu Wanita, Ku Mohon, Jentayu, Sinaran, Gemilang dan juga Kerinduan.

Seperti biasa, busana-busana cantik yang dipadankan oleh penyanyi kesayangan ramai ini antara yang diperkatakan orang ramai. Untuk konsert kali ini, penyanyi legenda ini mengenakan empat persalinan yang direka khas oleh Michael Ong.

Konsert ini juga mendapat sambutan hebat bukan sahaja dari peminat-peminatnya, tetapi rakan-rakan artis turut sama-sama menyokong konsert bersejarah ini. Antaranya ialah Anuar Zain, Afgan, Afdlin Shauki, Datuk Seri Raja Shah Reza dan Rozita Che Wan.

Sheila turut menyatakan pemilihan 40 buah lagu yang dibuat bukanlah pilihan yang mudah.

Dengan lontaran vokal yang mantap, Datuk Sheila Majid sekali lagi berjaya melakar sejarah tersendiri. Tahniah diucapkan! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Konsertpenyanyisheila majid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd