• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Ferrari

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta model Ferrari F430 di Kilometer 27.4 Lebuh raya Karak berdekatan Plaza Tol Gombak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian jam 9.40 pagi itu mangsa, T Desmond Daniel, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 47 tahun hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala ke Ampang.


“Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terlanggar besi penghadang jalan sebelah kiri serta merempuh motosikal model Honda EX5 yang dinaiki mangsa yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu kereta pula cedera dan mereka dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan serta bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. – Harian Metro

Tags: Ferrarikemalangan mautLebuhraya Karak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd