• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaga Gol Negara Mohon Maaf Atas Silap Langkah

oleh
30/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, Malaysia tumpas 0-1 kepada Thailand dan ia terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ekoran kekalahan perlawanan itu membuat banyak pihak kecewa.

Sebalik kekalahan itu, netizen dilihat teruk mengecam kesilapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli ketika perlawanan yang mungkin boleh dikatakan tidak sengaja.

Haziq dilihat tersilap langkah apabila tumbukannya telah mengakibatkan bola memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru yang dilakukan oleh pemain Thailand.

Kesilapan itu secara langsung telah membuatkan Thailand menang dalam perlawanan merebut ‘ibu segala emas’ itu.

Ekoran itu, Haziq telah dilihat tampil dan memohon maaf kepada semua dan menegaskan bahawa perkara itu bukan disengajakan.

Tindakan tersebut, telah seakan mengulangi tragedi 2001 di mana ketika itu penjaga gol, Kamarulzaman Hassan turut melakukan kesilapan dan Malaysia tumpas ditangan Thailand dengan keputusan yang sama.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar.

“Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja, Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain,” ujar penjaga gol itu.

Tindakan berani tampil mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Haziq dikatakan mempunyai penjelasan yang tersendiri ketika ditanya soal kesilapan yang dilakukan itu.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya.

“Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka. Saya tidak kisah,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee turut mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Haziq adalah sesuatu yang normal dalam arena bola sepak.

Dalam kenyataannya memetik mStar Online, mengatakan Haziq masih muda dan perkara ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus bukan sahaja buat nya malah untuk semua pihak.

“Sudah tentu ia bukan untuk menerima keadaan gol seperti itu, tetapi ia berlaku kepada semua orang dan kita tidak boleh menyalahkan pasukan.

“Dia masih muda, dan mempunyai masa depan yang cerah. Malah ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus.

“Dan sudah tentu kami akan lebih bersedia untuk kembali bersama pada Disember ini bagi persiapan ke Piala AFC,” jelasnya selepas perlawanan.

Baca: Kesilapan Haziq Nadzli Normal – Kim Swee

Bagaimanapun, tahniah diucapkan buat skuad Harimau Malaya atas permainan yang terbaik semalam. Walaupun hasrat untuk merangkul emas gagal tetapi anda tetap terbaik di mata kami! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: bola sepak final Sukan Sea 2017Sukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jutaan Nyamuk Berbakteria Dibebaskan Cegah Denggi

Next Post

Cadangan Pindaan Akta Kawalan Harga Dibincang

Related Posts

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

30/10/2017
0

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan...

Next Post

Cadangan Pindaan Akta Kawalan Harga Dibincang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd