• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka: Insentif Beri Manfaat Jangka Pendek & Panjang

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Para peneroka di Sabah bersyukur dan menerima sepenuhnya enam insentif untuk warga Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Sahabat General Linjal berkata 1,647 peneroka meliputi kawasan Umas dan Sahabat menerima sepenuhnya insentif berkenaan tanpa sebarang persepsi negatif kerana ia adalah alternatif untuk menyenangkan rakyat.

“Perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Insentif berterusan kerajaan itu menunjukkan kerajaan masih berfikir tentang hal rakyat dan setiap keuntungan diperoleh akan dipulangkan kepada peneroka tanpa gagal,” katanya kepada Bernama.

Semasa sambutan Hari Peneroka pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.

Dalam pada itu, generasi kedua Felda Umas dekat sini, Noraini Rasi berkata insentif yang diumumkan kerajaan itu tidak pernah mengecewakan malahan sentiasa membantu meningkatkan taraf hidup para peneroka Felda.

“Saya bersyukur dengan keprihatinan perdana menteri mengumumkan insentif perumahan iaitu membina lebih satu unit rumah di dalam satu tapak yang sekali gus membantu menyelesaikan masalah jangka masa panjang bagi perumahan generasi kedua peneroka.

“Selain itu, pengumuman kadar RM7,500 per hektar bagi program penanaman semula merupakan inisiatif jangka panjang kerajaan sebagai tabungan buat peneroka,” katanya lagi.

Menurutnya, sejak dahulu lagi ibunya Beche Mabeutu menggalas tugas arwah ayah sebagai peneroka di Felda Umas 4 dan selama itu, hasil Felda digunakan untuk membesarkan lima orang adik-beradiknya.

“Alhamdulillah sedikit sebanyak duit hasil Felda itu menjadikan kami seperti hari ini, ada yang bekerja sebagai polis, di Majlis Perbandaran Tawau dan Imigresen, malahan duit Felda itu juga digunakan ibu membesarkan dua orang anak syurga penghidap cerebral palsy,” katanya.

Noraini berkata meskipun pelbagai isu timbul di peringkat pengurusan tertinggi, namun peneroka masih percaya perdana menteri akan membantu menangani perkara itu secara telus dan tidak merugikan peneroka.

“Kami memerlukan orang yang berkaliber dan bukan sahaja jujur dalam membantu ekonomi golongan peneroka Felda tetapi dapat memberikan penambahbaikan kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menyifatkan enam insentif untuk warga Felda itu kesemuanya memberikan imbuhan dari segi jangka pendek, dan panjang buat peneroka di seluruh negara.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Silam di Lahad Datu itu berkata pengumuman berkenaan adalah inisiatif teratur kerajaan untuk membantu para peneroka secara berterusan.

“Ini langkah tepat diambil kerajaan yang turut memberi manfaat kepada generasi kedua peneroka dan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: InsentifPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seorang Penumpang Bas Parah Dalam Kemalangan

Next Post

Zidane Dedah Masa Depan Bale

Related Posts

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

17/05/2023
0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 jemaah kumpulan...

KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah

KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah

10/02/2023
0

Pemberian insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan sedang dalam perbincangan Kementerian Perdagangan...

Next Post

Zidane Dedah Masa Depan Bale

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd