• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Amin Kesal Diheret Ke Mahkamah

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan seorang anggota Dewan Rakyat yang mengheretnya ke mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuatnya di dalam Dewan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Anggota Parlimen supaya tidak lagi membangkitkan mengenai peraturan mesyuarat sehingga menyebabkan beliau membuat keputusan tertentu.

“Saya harap tidak ada mana-mana Yang Berhormat membangkitkan peraturan mesyuarat, sebab jika Yang Berhormat berbuat begitu, saya terpaksa membuat keputusan.

“Sekarang ini Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) tidak boleh lagi buat keputusan (dalam dewan)… sebab jika buat, akan diheret ke mahkamah,” katanya semasa mempengerusikan perbahasan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan Pandikar merujuk kepada tindakan Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang memfailkan saman terhadap beliau dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah pagi tadi kerana tidak berpuas hati setelah dua soalannya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Hee berkata Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu menjelaskan mengapa soalannya ditolak sedangkan isu yang dibangkitkannya penting untuk rakyat. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Terima Proklamasi Pembubaran

07/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang berkuat kuasa Sabtu. Yang Dipertua Dewan Rakyat,...

Jangan Lepas Geram Dalam Dewan Rakyat – Pandikar

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menasihati anggota parlimen agar mengawal emosi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd