• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Akar Umbi Jangan Jadi ‘Tukang Kipas’

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO itu berkata laporan dari bilik gerakan perlulah telus termasuk menyatakan sekiranya sokongan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) kurang memberangsangkan.

“Laporan bila kita (pemimpin) balik kawasan semua cantik…mereka tukang kipas betul, sebab kalau turun (sokongan) mereka kena jawab.

Cerita yang benar, jangan jadi tukang kipas, kalau kita kurang sokongn kita baiki, kalau kurang (sokongan) tetapi dalam penyata kita diberitahu sokongan tinggi itu yang punah,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tapah di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mengambil contoh, situasi yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pilihan raya umum ke-11 (PRU11) sehinggakan beliau hanya mendapat 261 majoriti undi dalam Parlimen Pekan.

“Undi lebih sikit aja sebab bila balik ke kawasan tengok laporan bilik gerakan naik. Tapi Dalam PRU12 naik 20,000 dan PRU13 naik lebih 22,000,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan isu nasional bukan faktor utama yang menyebabkan undi di sesuatu kawasan menurun, sebaliknya perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jentera dan pemimpin merupakan kayu pengukur.

Katanya, jentera parti perlulah sentiasa menjalankan kerja dan tanggungjawab walaupun pemimpin atasan tidak balik ke kawasan.

“Jentera perlu turun ke bawah betulkan persepsi, jangan turun bila pemimpin turun, bila pemimpin tak balik jentera pun tak peduli.

Itu bukan cara kerja jentera di peringkat bawah, walaupun pemimpin tak turun kerja tetap kena jalan, sebab saya banyak kali beritahu kita bukan parti politik bermusim,” katanya.

Ahmad Zahid juga optimis pengundi masyarakat Cina akan kembali menyokong BN pada PRU14 selepas golongan tersebut kini sedar mereka telah ditipu oleh pembangkang.

“Kita perlu melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan masyarakat Cina sebab mereka ingin rapat dengan kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemimpinZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd