• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluru Berpandu Korea Utara Lepasi Jepun

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun, kata tentera Korea Selatan dan Jepun, dalam peningkatan besar Pyongyang di tengah ketegangan berhubung program senjatanya.

Ia jatuh ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, kata Tokyo.

Tiada peluru berpandu rejim itu terbang melepasi Jepun selama beberapa tahun dan pelancaran dilakukan selepas tempoh tegang di rantau itu susulan ujian dua peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bulan lalu yang boleh mencecah Amerika Syarikat (AS).

Korea Utara mengancam menembak peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam, manakala Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras Pyongyang berdepan api kemarahan dan menegaskan senjata Washington sudah bersedia.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melaksanakan sekatan ketujuh ke atas Korea Utara, mengetatkan halangan ke atas eksport dan pelaburan di negara itu.

Ketegangan semakin mengendur baru-baru ini tetapi Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu hari ini pada jam 5.50 pagi waktu tempatan dari Sunan berhampiran Pyongyang, dan terbang ke timur dan melepasi Jepun.

Ia terbang kira-kira 2,700 kilometer pada ketinggian maksimum 550 kilometer, katanya, menambah Korea Selatan dan AS menganalisis rapi bagi mendapatkan maklumat lanjut. – AFP/BH ONLINE

Tags: Korea UtaraPeluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Thailand Nafi Bantu Yingluck Larikan Diri

Next Post

BN Tak Ambil Kesempatan Pergeseran Pembangkang

Related Posts

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Next Post

BN Tak Ambil Kesempatan Pergeseran Pembangkang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd