• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Terbaik Akan Menang – Rexy Mainaky

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan terbaik akan menang. Malaysia akan berdepan juara bertahan Thailand dalam final badminton berpasukan wanita di Axiata Arena di Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil, esok.

Jurulatih Thailand Rexy Mainaky berkata kedua-dua pasukan sama kuat dan sebagai dua pasukan terbaik, menurutnya anak didiknya tidak akan mengambil mudah pasukan Malaysia.

“Kami tahu pasukan kami berada di ranking teratas tetapi kami melihat lawan kami sebagai setara sama ada dalam perseorangan pertama, kedua atau ketiga mahupun beregu.

“Perlawanan esok pasti menarik untuk dilihat dan pasukan yang menang adalah yang terbaik,” katanya.

Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, pemain badminton Malaysia menang 3-0 ke atas pencabar terdekat Indonesia dalam pertarungan penuh dramatik.

Soniia Cheah menamatkan perlawanan pertama menentang Fitriani Fitriani dengan kemenangan 21-17, 21-17 dan mata kedua diraih selepas beregu Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Rosyita Eka Putri Sari menarik diri pada mata 7-5 akibat kecederaan.

Aksi bertenaga dan sengit antara Goh Jin Wei dan Hanna Ramadini yang berakhir dengan keputusan 21-16, 21-13 mengesahkan tiket ke final buat Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Thailand menewaskan Singapura 3-1 untuk ke aksi final yang dijadualkan 9 pagi esok.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas adalah pada 2009 di Laos. – BERNAMA

Tags: Rexy Mainaky
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rexy Dalam Senarai BAM Untuk Jawatan Pengarah Kejurulatihan

20/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Legenda badminton Indonesia, Rexy Mainaky berada dalam senarai pendek Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk jawatan pengarah kejurulatihan...

Thailand Lantik Rexy Mainaky Jadi Ketua Jurulatih Badminton

08/01/2017
0

BANGKOK - Bekas jurulatih badminton Malaysia, Rexy Mainaky dilantik oleh Persatuan Badminton Thailand (BAT) sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaaan negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd