• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panel RCI Pelik Kerugian BNM ‘Senyap’

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hari pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990 menyaksikan pengerusi panel meluahkan rasa pelik bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan bank pusat itu.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya mendapati sememangnya wujud kehilangan jumlah wang yang besar.

“Namun ia dihilangkan dalam laporan BNM. Kita harus kenal pasti siapa yang meminta agar ia disembunyikan. Sedikit pelik, apabila semua pihak tidak tahu mengenai perkara ini.

“Bahkan, tidak ada sesiapa ambil sebarang tindakan atau membuka sebarang siasatan. Adakah mereka tutup mata dalam hal ini,” katanya dalam kamar mahkamah di Istana Kehakiman hari ini.

Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu bagi menyiasat kerugian bank pusat sebanyak AS$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.

Selain Sidek, RCI itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.

Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Sementara itu, Tajuddin selepas mendengar keterangan bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid; pegawai BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, menyatakan mahu mengetahui perkara ini lebih mendalam.

“Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” katanya.

Choo Boon pula mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama sedangkan BNM sendiri mempunyai pelbagai jabatan termasuk jabatan akaun.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH), walaupun mengalu-alukan RCI itu, mempersoalkan motif di sebalik penubuhannya ketika Tun Dr. Mahahir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketiksa skandal itu kini berada di sebelah pembangkang.

Sementara Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara, adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku. – FMT

Tags: BNMRCITan Sri Mohd Sidek Hassan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kehebatan Sultan Mizan Demi Negara & Sifat Rendah Diri

Next Post

Isa Samad Kekal Pemangku Pengerusi SPAD

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Next Post

Isa Samad Kekal Pemangku Pengerusi SPAD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd