• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pancaragam Terbesar Buat Persembahan Tanpa Henti

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aksi istimewa gabungan 11 agensi keselamatan dan penguatkuasa negara yang membentuk pasukan pancaragam terbesar pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini menarik perhatian ramai, sekali gus menghiburkan para hadirin.

Menampilkan kehebatan membuat persembahan secara langsung tanpa henti selama empat jam sejak 7 pagi, pasukan pancaragam terbesar itu mendendangkan 35 buah lagu patriotik untuk mengiringi persembahan yang diadakan sepanjang berlangsungnya acara tradisi perbarisan dan perarakan hari bersejarah negara.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) menjadi kunci kejayaan mereka dalam melakukan persembahan yang bakal mencipta sejarah tersendiri untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai pasukan pancaragam terbesar.

Dianggotai 460 orang, pasukan pancaragam terbesar yang julung kali dibentuk menghidupkan suasana penuh bersemangat kepada peserta perbarisan dan orang ramai yang berada di Dataran Merdeka serta kawasan persekitaran, yang menyaksikan acara persembahan menerusi paparan skrin LED.

Pasukan gabungan itu terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan (Rela), Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Gabungan pancaragam itu diketuai oleh Ketua Pengarah Muzik Pancaragam Gabungan, Mejar Mohd Rizal Mohd Noor daripada TUDM dan dibantu oleh Asisten Superintendan Mesmoro Edward daripada (PDRM) serta Azalin Sawdin daripada JBPM. – BERNAMA

Tags: Pancaragam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pancaragam SMK Sultan Ibrahim Juara Dunia

31/07/2018
0

MODAL besar dilaburkan Kelab Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) Band menaja perjalanan kumpulan pancaragam sekolah itu berbaloi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd