• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Bergelut Soal Kepercayaan

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Pakatan Harapan dilihat masih bergelut dalam soal memperoleh kepercayaan antara satu sama lain meskipun cuba menonjolkan kerjasama di hadapan penyokong mereka, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata hubungan antara pemimpin parti komponen dalam pakatan itu dilihat hanya sekadar baik di hadapan penyokong sedangkan terdapat dalam kalangan pemimpin tertinggi masih tidak mempercayai satu sama lain.

“Seperti itik…nampak cantik atas air tapi bila turun tengok dalam air, kakinya tak henti berkayuh, kalau tidak dia akan lemas.

“Itulah Pakatan Harapan dan lihat sahaja apabila ada pemimpin tertinggi seperti Lim Kit Siang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas bermesyuarat lebih empat jam memaklumkan sedang merangka strategi bagi menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Sementara itu, Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata parti pembangkang itu juga jelas mempunyai masalah politik dalaman apabila masing-masing gagal mencapai kata putus berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

“Baru-baru ini, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata PKR mahu bertanding di DUN Gurun dan Kulim tetapi selang beberapa hari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pula mengeluarkan kenyataan bahawa DAP ingin menuntut dua kerusi tambahan iaitu di Gurun dan Kulim.

“Jelas kita nampak mereka tak sehaluan dalam menentukan pembahagian kerusi DUN negeri. Mereka memang boleh bersama tetapi masing-masing ada pemikiran dan agenda tersendiri,” katanya.

Terdahulu, Mahdzir menyerahkan 101 ekor lembu kepada 31 Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di kawasan Parlimen Padang Terap sempena Hari Raya Aidiladha 1 Sept ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd