• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Calon Pengerusi MARA Diserah Kepada PM

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa calon yang layak untuk menggantikan Tan Sri Annuar Musa, yang tidak mahu menyambung jawatannya itu.

“Saya akan berbincang dan menyerahkan dua atau tiga nama. Terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan (siapa pengerusi MARA yang baharu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Annuar, yang juga anggota Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan UMNO, menyatakan beliau tidak akan menyambung jawatan sebagai Pengerusi MARA, yang tamat hari ini bagi memberi tumpuan terhadap parti.

Menghargai  jasa Annuar kepada MARA, Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata adalah lebih baik Annuar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap parti memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir.

Annuar dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan perkhidmatannya disambung pada 12 Ogos 2015. Bagaimanapun, beliau digantung jawatan Pengerusi MARA sejak Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobMARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd