• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Ikon 1Malaysia Negaraku

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku, yang menggabungkan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku, yang melambangkan simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Pada majlis pelancaran di Perdana Putra di sini yang dihadiri menteri-menteri Kabinet, beliau berkata penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.

“Maka, kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-dua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep ‘Negaraku’ seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi.

“Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Najib berkata konsep 1Malaysia yang dilancarkan pada Jun 2009 telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata 1Malaysia melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaan, kebersatuan dan kerjasama serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“1Malaysia bukan sahaja satu konsep dan wahana tetapi ia juga diasaskan kepada nilai-nilai utama dan sampingan yang boleh dijadikan sebagai asas dalam proses membina sebuah negara bangsa,” katanya.

Najib berkata perjalanan untuk mencapai perpaduan jitu dan kukuh mengambil masa dan perlu merentasi pelbagai cabaran dan rintangan namun berbekalkan nilai-nilai asas yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, maka boleh dilihat Malaysia mampu bergerak ke arah matlamat diidamkan.

Beliau berkata konsep 1Malaysia adalah berlainan dengan konsep diperkenalkan sebelum ini kerana ia dikaitkan dengan produk dan program yang menggunakan nama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia dan juga Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Mengenai inisiatif Negaraku yang dilancarkan pada Mac tahun ini, Najib berkata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.

“Apabila kita sebut Negaraku, kita dapat sambutan yang hangat sebab ia menjadi begitu spontan, sebut sahaja Negaraku, rakyat akan sahut Malaysia,” katanya.

Najib berkata ikon baharu itu akan diguna pakai menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Saya yakin ia akan diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia khususnya dengan kemeriahan, keseronokan dan pencapaian Sukan SEA 2017. Saya percaya ia akan menyemarakkan semangat kita,” katanya.

Najib melahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Lim Kok Wing dan Limkokwing University of Creative Technology yang bekerjasama menghasilkan ikon berkenaan.

Ikon itu menggabungkan ikon ‘1Malaysia’ dan ‘Negaraku’ sedia ada dengan angka ‘1’ pada ikon ‘1Malaysia’ dililit bendera Jalur Gemilang yang juga tertera perkataan ‘Negaraku’ di bawahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd