• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murad Khalid Hadir Prosiding RCI Jadi Tumpuan Media

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kehadiran bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menjadi tumpuan media pada prosiding kedua Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Abdul Murad yang merupakan individu ketiga memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan berkenaan dikejar dan diasak soalan oleh pihak media semasa keluar untuk ke tandas dari bilik menunggu saksi ketika menunggu giliran untuk memberikan keterangan.

Beliau turut diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada agensi media antarabangsa termasuk ketika makan tengah hari di kafetaria Istana Kehakiman.

Namun, beliau enggan memberikan sebarang maklumat kepada pihak media sebelum memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan.

Beliau yang tiba sejak 9 pagi hanya memberikan keterangan kira-kira dua jam apabila prosiding suruhanjaya disambung semula pada kira-kira 2 petang.

Sebelum Abdul Murad, suruhanjaya siasatan berkenaan mendengar keterangan daripada pesara BNM yang merupakan bekas pengurus Jabatan Akaun, Abdul Aziz Abdul Manaf manakala individu kedua yang memberikan keterangan ialah Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin yang merupakan bekas juruaudit dalaman BNM yang kini Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Dalam satu temu bual dengan media Ja­nuari lalu, Abdul Mu­rad mendedahkan ke­­rugian yang dica­tatkan BNM melalui ke­giatan pemerdaga­ngan mata wang se­panjang 1991 hingga 1993 adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang dila­porkan oleh bank pusat tersebut.

Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Penubuhan suruhanjaya itu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)Datuk Abdul Murad Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RCI Siasat Peristiwa Memali Bukan Aniayai Sesiapa

Next Post

PAS Gesa Tubuh RCI Siasat Peristiwa Memali

Related Posts

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

Rizab Rasmi Malaysia AS$102.484 Bilion Pada Akhir April

29/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion....

Next Post

PAS Gesa Tubuh RCI Siasat Peristiwa Memali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd