• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perak Bantah Sekolah Asing Cawan Murid Islam

oleh
11/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor telah disiasat kerana mengamalkan pengasingan cawan minum untuk murid beragama Islam dan yang bukan Islam.

Sebelum ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat menafikan tentang isu tersebut tetapi apabila siasatan dijalankan oleh sebuah portal tempatan di sekolah itu mendapati ia memang terjadi di sekolah berkenaan.

Malah pihak kantin sekolah juga mendedahkan bahawa sekolah tersebut memang menyediakan cawan seperti yang diperkatakan sejak tahun lalu lagi. Cawan khas itu diletakkan bersebelahan dengan dispenser air.

Susulan pendedahan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon mengarahkan siasatan lanjut segera dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Selangor.

“Sekolah kebangsaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak boleh memisahkan anak-anak kita berdasarkan agama,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga membantah amalan itu sebagai tidak berasas dalam ajaran Islam dan ia akan merosakkan sesama kaum serta melahirkan rasa kebencian terhadap agama Islam.

“Kenapa kita harus mendiskriminasi? Ini tidak sepatutnya berlaku. Kita patut tahu keputusan itu. Jangan terlalu tegar supaya orang lain mula menghina kita.

“Islam memberi kepentingan kepada hubungan manusia,” ulas Harussani ketika dihubungi sebuah portal tempatan, Free Malaysia Today.

Portal berkenaan sebelum itu mendedahkan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di Hulu Langat mempunyai seramai 219 orang murid Islam dan 124 orang murid bukan Islam.

Para ibu bapa juga terkejut atas tindakan sekolah tersebut melakukan perkara seperti itu. Pihak sekolah setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika isu ini dipandang serius oleh banyak pihak.

Tambah Harussani lagi, perkara seperti itu sangat memalukan dan walaupun Islam menganggap bahawa ada beberapa jenis makanan yang haram dimakan, tetapi tidak semestinya pengasingan cawam seperti ini boleh terjadi.

“Walaupun seseorang memakan daging babi, itu tidak bermakna bibirnya haram. Kita boleh menggunakan cawan yang digunakan oleh bukan Islam.

“Kita boleh menggunakan peralatan memasak yang digunakan oleh bukan Islam. Amalan ini adalah satu penghinaan. Jangan lakukannya,” kata Harussani lagi

Siasatan lanjut akan dijalankan dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab supaya isu ini tidak berlarutan. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: hulu langatMufti Peraksekolah asing cawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekalan Air Di 28 Kawasan Hulu Langat Pulih

24/12/2021
0

Kuala Lumpur : Status pemulihan bekalan air di 21 daripada 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya pada jam...

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd