• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miri: OKU Tak Sabar Duduki Rumah PPR

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Bagi Alexander Jaya, 34, memiliki rumah sendiri adalah satu impian apatah lagi kini masuk 17 tahun menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan.

Harga rumah yang mahal di bandaraya Miri menyebabkan impian itu sukar dicapai dan ditambah pula dengan statusnya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan kendiri pada tahun 2009 semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

Namun impian bapa dua orang anak itu kini menjadi kenyataan  apabila akhirnya mampu memiliki rumah sendiri menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR), sebuah projek  perumahan kerajaan persekutuan yang prihatin dengan keperluan golongan kurang kemampuan.

PPR dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta bayaran bulanan RM321 sebulan, Alexandar tidak sabar untuk berpindah ke rumah teres satu tingkat PPR Lambir itu  dalam masa terdekat.

“Saya tidak sabar berpindah sebab bayaran pinjaman sudah mula dibayar Jun 2017 dan kini saya terpaksa membayar sewa rumah dan bayaran pinjaman serentak,” katanya kepada pemberita selepas menerima replika kunci rumahnya itu hari ini.

Alexander yang menerima pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu tidak sabar untuk meraikan Krismas pada penghujung tahun ini di rumah baharunya.

Bong Wan Tzen, 36, seorang ibu kepada tiga anak berkata memiliki rumah sendiri adalah idaman sejak mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu.

“Sekarang saya menetap dengan ibu bapa saya, sangat bersyukur dan gembira setelah menanti 10 tahun untuk mendapat rumah sendiri dan hari ini secara rasmi berjaya mendapat seunit rumah,” kata pekerja sebuah syarikat swasta itu.

Khairul Anwar Jaman, 29, yang juga bapa kepada dua anak bersyukur kerana diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri kerana sebelum ini tinggal di rumah keluarga di Kampung Lambir.

Alexander, Bong dan Khairul ialah  antara 10 penerima kunci rumah PPR Lambir itu daripada Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abdul Rahim Ishak dalam ucapan sebelum penyerahan replika kunci itu berkata, sebanyak enam projek melibatkan 3,521 unit rumah PPR telah berjaya disiapkan di Sarawak dengan lokasinya di Kuching, Siburan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Beliau berkata, sebanyak lima projek melibatkan 1,451 unit rumah PPR  sedang dalam pembinaan di Kuching dan Samarahan.

“Bagi 2017 Sarawak telah diluluskan satu projek PPR iaitu di Seduan, Sibu dengan kos sebanyak RM99.36 juta untuk pembinaan 461 unit teres satu tingkat,” katanya.

Untuk projek PPR Lambir, beliau berkata, sebanyak 505 unit rumah teres satu tingkat itu dibina dengan kos RM89.21 juta di tapak seluas 38.2 ekar atau 15.3 hektar. – BERNAMA

Tags: OKURumah PPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Berjaya Kurangkan Hutang Negara

Next Post

Kantoi Borak Pasal Janda, Pak Imam Tanggung Malu

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Kantoi Borak Pasal Janda, Pak Imam Tanggung Malu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd