• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBPP, MPSP Diminta Senaraikan Kilang Haram

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN, Parti serpihan DAP, Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Naib presidennya Rahmad Isahak berkata ini kerana PAP menerima maklumat terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.

Beliau mendakwa sebanyak 51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9), manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Anggota Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing satu di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.

“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.
Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Lim berkata perkara itu dijadikan sebagai dasar kerajaan DAP selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

Kenyataan Lim itu dikeluarkan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah reman terhadap seorang exco kerajaan Pulau Pinang dan lelaki dua beranak bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Mengulas lanjut, Rahmad berharap kedua-dua PBT itu dapat mengeluarkan senarai berkenaan dalam tempoh dua minggu ini.

Ditanya sama ada pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara itu, Rahmad berkata: “Kami tunggu jawapan daripada kedua-dua PBT ini dahulu. Ada kemungkinan kami nak bawa perkara ini ke SPRM.”

Sementara itu, Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata sehingga kini Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif dan Yang Dipertua MPSP Datuk Rozali Mohamud masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kewujudan kilang-kilang haram di negeri ini.

Katanya kedua-dua PBT tersebut perlu membuat pencerahan sekiranya statistik yang diperoleh PAP itu tidak tepat agar rakyat juga tahu kedudukan sebenar perkara berkenaan.

“Adanya kilang haram ini kita tahu berbangkitlah perkara sosial dan tidak sihat. Ia melibatkan rakyat menggunakan tanah kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Rakyat juga menceroboh tanah-tanah persendirian dan dibina pula bangunan haram yang akhirnya menjurus kepada gejala rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau Pinangkilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang Tidak Sepatutnya Beri Ulasan

Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang Tidak Sepatutnya Beri Ulasan

11/06/2024
1

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan berhubung spesifikasi mengenai projek Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd