• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Siam Digesa Tak Percaya Janji Pembangkang

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Masyarakat Siam di Kedah diingatkan agar terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah banyak berjasa kepada masyarakat minoriti Siam sejak negara mencapai kemerdekaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan yang diterajui UMNO tidak sesekali melupakan masyarakat itu, malah pembelaan dan perhatian akan terus diberi tumpuan yang sewajarnya.

Katanya, peringatan itu penting memandangkan kini ada usaha daripada parti pembangkang untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat Siam terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Sebelum ini pun pengundi Siam juga yang menjadi ahli UMNO dan menyokong parti kita dan kita akan beri tumpuan, bukan sahaja di Pendang malah saya yakin masyarakat Siam di tempat lain akan bersama-sama UMNO untuk mempertahankan parti  keramat ini walaupun ada usaha pembangkang untuk mempengaruhi mereka demi mendapatkan sokongan,”  katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan UMNO bahagian Pendang di Kompleks UMNO Bukit Mat Inson, di sini, hari ini. Turut hadir Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul; Ketua UMNO Bahagian Datuk Md Rozai Shafian; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob serta barisan kepimpinan UMNO bahagian Pendang.

Ahmad Bashah berkata parti pembangkang sudah mula memasuki kampung-kampung dengan menabur janji-janji kosong agar kaum itu beralih menyokong pembangkang, tetapi beliau yakin masyarakat Siam tidak mudah terpengaruh dan setia bersama BN.

“Saya yakin mereka (masyarakat Siam) tak akan percaya janj-janji yang dibuat parti pembangkang kerana mereka tahu selama ini pun segala pembangunan di kawasan kampung dibangunkan oleh kerajaan BN. Depa (pembangkang) boleh masuk tetapi saya percaya masyarakat Siam bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengharapkan seluruh masyarakat Siam terus memberikan sokongan yang padu kepada UMNO dan BN pada PRU-14 akan datang bagi memastikan kaum itu terus mendapat pembelaan dan perhatian kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata rakyat Pendang tidak perlu bimbang kerana Hospital Pendang yang dijanjikan oleh kerajaan BN akan dibina awal tahun depan.

“Hospital Pendang dengan kos RM220 juta dah diluluskan kerajaan pusat, cuma sekarang ini dalam proses nak tender dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini, apabila selesai projek pembinaan boleh dilaksanakan demi memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Hospital Pendang akan dilengkapi 250 katil dengan 11 kepakaran antaranya perubatan, pediatrik, pembedahan, ortopedik, kecemasan dan trauma, patologi serta radiologi dan apabila siap penduduk Pendang tidak lagi terlalu bergantung kepada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Ahmad Bashah menggesa semua anggota UMNO sentiasa bersiap sedia menghadapi PRU-14 dan menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan parti agar  tidak menjejaskan gerak kerja pilihan raya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd