• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAF Ingin Bentuk Program Khas Untuk Khairul Hafiz

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kagum dengan pemecahan rekod dan kutipan emas yang dilakukan atlet negara di Sukan SEA, Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) mahu menamakan lima daripada atletnya ke dalam Program Podium.

Lima atlet yang dimaksudkan ialah raja pecut baharu Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan, pelontar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin, atlet lompat kijang Muhd Hakimi Ismail dan pembaling tukul besi lelaki Jackie Wong Siew Cheer dan pembaling tukul besi wanita Grace Wong Xiu Mei.

Selain daripada itu, MAF juga sedang melihat peluang bekerjasama dengan kerajaan, Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan Persatuan Olahraga Asia (AAA) untuk membentuk satu program pembangunan khas untuk Khairul Hafiz.

Presiden MAF, Datuk Karim Ibrahim berkata Program Podium itu akan membantu atlet untuk lebih cemerlang di peringkat antarabangsa selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam sukan dwitahunan itu.

“Saya akan berbincang mengenai program khas untuk Khairul dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana dia adalah bakat kami untuk ke Olimpik. Kita kena ambil contoh lagenda pecut dunia Usain Bolt.

“Ketika Usain Bolt mencatatkan masa 10.14s ketika berumur berusia 15 tahun, satu program khas telah dirancang, ia berjaya dan jadikannya pelari handalan dunia. IAAF terlibat dalam perancangan mereka, bekerja sama dengan persekutuan Jamaica dan menghasilkan Usain seperti sekarang ini. Kami berharap untuk satu program serupa untuk Khairul Hafiz.

“Saya telah menjemput Naib Presiden IAAF dan juga Presiden AAA ke Sukan SEA, Jen. Dahlan Al Hamad. Beliau telah bertemu dengan Khairul Hafiz dan Muhd Hakimi dan sedia membantu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stadium Nasional, di sini hari ini.

Hanya tinggal satu hari sahaja, skuad olahraga negara menggandakan tiga pingat emas yang diperoleh di Sukan SEA Singapura dua tahun lepas kepada enam pingat emas pada edisi Kuala Lumpur tahun ini.

Muhammad Irfan mengekalkan emasnya seperti dijangka, Khairul Hafiz menewaskan juara bertahan Eric Cray dari Filipina dalam 100m lelaki sementara Elena Goh Ling Yin memperoleh emas dalam 10,000m jalan kaki wanita.

Pembaling tukul besi, Jackie dan Grace serta Muhd Hakimi memenangi emas secara lebih bergaya dengan meleburkan rekod kejohanan sebelum ini.

Karim berharap dua lagi emas bakal diraih esok menerusi atlet lompat tinggi Nauraj Singh Randhawa dan Rayzam Shah Wan Sofian dalam 110m lari berpagar lelaki.

“Saya mahu katakan kejayaan ini adalah hasil rancangan awal kami menerusi program Kita Juara direka untuk Sukan SEA. Kami tegas dengan atlet dan selepas Sukan SEA semakin hampir, kami menilai statistik di sekitar rantau ini dan membuat perbandingan di mana kami berada untuk menetapkan sasaran emas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz JantanMAF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jambatan Sultan Yusof Dibuka Kepada Kenderaan Ringan

Next Post

NCD Kini Cabaran Utama Penjagaan Kesihatan

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

Next Post

NCD Kini Cabaran Utama Penjagaan Kesihatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd