• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lionel Messi Pertimbang Tawaran Manchester City

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG Barcelona, Lionel Messi sedang mempertimbangkan secara serius mengenai masa depannya di Camp Nou selepas kelab bergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City mengadakan mesyuarat dengan wakil pemain itu, lapor Daily Record.

Messi menjaringkan 508 gol dalam 585 perlawanan untuk Barca sejak 2004.

Dia turut membantu kelab gergasi Sepanyol itu menjulang lapan trofi La Liga dan Liga Juara-Juara (empat kali).

Pemain berusia 30 tahun itu komited terhadap Barca selepas menandatangani kontrak baharu selama empat tahun bulan lalu.

Namun spekulasi Messi bakal meninggalkan Camp Nou pada musim panas ini masih hangat diperkatakan.

Daily Record melaporkan pertemuan antara pihak pengurusan tertinggi City dan wakil Messi diadakan di Barcelona minggu lalu.

Messi dilaporkan kecewa dengan situasi yang melanda Barca selepas rakan pasukannya, Neymar dijual kepada Paris Saint Germain (PSG) bulan lalu.

Barca kini berusaha keras untuk mendapatkan pengganti Neymar iaitu bintang Liverpool, Philippe Coutinho tetapi The Red tidak mengendahkan bidaan terbaharu kelab La Liga itu.

City dilaporkan menaruh minat terhadap Messi sejak sekian lama dan Pep Guardiola berharap dapat mendapatkan khidmatnya sebelum jendela perpindahan pemain ditutup 31 Ogos ini.

Turut dikaitkan dengan perpindahan ke City adalah Alexis Sanchez tetapi Arsenal enggan melepaskan bintang Chile itu. – mStar Online

Tags: Lionel MessiSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd