• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Linkin Park Rancang Majlis Memorial Untuk Chester

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBULAN selepas vokalis kumpulan nu-metal Linkin Park (LP) iaitu Chester Bennington bunuh diri, ahli kumpulannya bercadang untuk mengadakan hari memperingati buat mendiang.

Menerusi Facebook rasmi kumpulan itu, LP mengumumkan tentang sebuah ‘acara khas’ yang terbuka untuk orang awam yang bakal berlangsung di Los Angeles.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut didedahkan setakat ini.

“Kami hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia atas rasa cinta yang melimpah ruah, sekali gus menguatkan lagi semangat kami ketika berdepan waktu yang sangat sukar ini,” kata kumpulan itu.

Bennington yang dikenali menerusi vokal metal mantap digandingkan dengan sentuhan hip-hop bersama-sama Mike Shinoda sehingga mencetuskan kegilaan terhadap kumpulan itu pada awal abad ke-21 ditemui mati tergantung di rumahnya di Los Angeles pada 20 Julai lalu.

Difahamkan sepanjang hayatnya, pemuzik berusia 42 tahun itu bergelut dengan masalah dadah, alkohol dan trauma akibat penderaan seksual dan fizikal semasa zaman kanak-kanak.

Peminat di seluruh dunia menganjurkan berpuluh-puluh acara untuk memperingati Bennington selepas kematiannya; sesuatu yang cukup disokong oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam LP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chester BenningtonLinkin Park
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

25/07/2017
0

BEBERAPA hari lepas dunia bersedih apabila digemparkan dengan berita pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington. BACA : Vokalis Linkin Park...

Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

21/07/2017
0

WASHINGTON DC - Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd