• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Bulan Berlalu, Kini Nora Terima Kenyataan

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak kenal dengan lontaran vokal lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora Ariffin itu? Rasa-rasanya lagu itu masih menjadi lagu wajib karaoke bagi kebanyakan orang.

Umum mengetahui lima bulan lepas Nora telah kehilangan suaminya, Johan Nawawi. Namun selama tempoh itu, Nora banyak diam diri dari industri dan lebih banyak memuat naik gambar dan video throwback bersama arwah suami.

Kini, setelah lima bulan, penyanyi 44 tahun itu sudah boleh menerima hakikat tentang pemergian insan tersayang daripada hidupnya. Dia juga sudah mula bertekad untuk terus kuat meneruskan kehidupan demi keluarga dan anak-anaknya.

“Lima bulan yang saya lalui memang satu tempoh masa yang sangat sukar kerana setiap hari teringatkan dia (Johan) sehingga ada rakan-rakan yang menegur mata saya sering bengkak kerana menangis.

“Sehingga ada satu masa saya kumpul semua baju-baju persembahan saya untuk diberikan pada orang kerana ia mengingatkan saya kepada arwah.

“Tapi sekarang saya mula sedar dan berfikir jika terus menangis ia tidak akan boleh mengembalikan orang yang sudah meninggal dunia,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Nora bakal tampil membuat persembahan sulungnya selepas suaminya Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac lalu di program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah anjuran TV AlHijrah pada 27 Ogos ini.

“Memang ada jemputan untuk persembahan pentas, namun saya terpaksa tolak kerana masih tidak bersedia sehingga pihak AlHijrah hubungi saya.

“Saya rasa ini masa yang paling tepat kerana program ini juga bertujuan yang baik iaitu memberi kesedaran orang ramai tentang kesusahan yang dihadapi oleh warga Palestin,” ujarnya.

Nora juga ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya sebagai tanda permulaan lembaran baharu kisah kehidupannya.

Sukar di gambarkan. Ibarat nk restart semula sebuah kehidupan baru selepas 24 tahun bersama insan tersayang. Mmg rasa awkward, 1st time nk pegi PC tanpa abang….tanpa ada tempat utk bertanya…. How do I look?? Then abg akn komen….😘 Life must go on. I have to move forward Mulakan kembali karier & mencari rezeki utk anak2 tanpa abang. My new look & mkap by @bobocinta ..👍 Bismillahirahmanirahim. #kautakpernahjauh #johannawawi #semangatibutunggal #lifemustgoon

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on Aug 22, 2017 at 9:51pm PDT

“Saya boleh berkawan dengan lelaki lain tapi ia pasti tidak akan sama dengan arwah kerana dia sangat istimewa dalam hidup saya,” katanya apabila soal kekosongan hatinya diutarakan.

Diharapkan Nora tabah menjalani kehidupan mendatang dan kembali aktif dalam industri hiburan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Ekspresi Aqsa Solidariti UmmahNora Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tunjuk Bukti Kalau Betul Saya Gay” – Hafiz Hamidun

Next Post

Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

Related Posts

Dipaksa Cerai Isteri Pertama, Suami Nora Jawab Dakwaan

05/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan...

“Rindu Tak Terkata… Dia Tak Pernah Mati” – Nora Ariffin

25/09/2018
0

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal meskipun arwah sudah meninggalkan mereka kira-kira setahun...

Next Post

Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd