• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Beri 6 Bulan Untuk Sam Selesaikan Tunggakan

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini nama aktor Shaheizy Sam menjadi perhatian media berikutan namanya tersenarai dalam notis bankrap yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Susulan isu itu, Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Sam telah diberi tempoh selama enam bulan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

“Semalam (kelmarin) mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan. Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak. Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,” katanya memetik laporan Projek MMO.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Sam.

Nama Sam sebelum ini terpampang dalam senarai individu bankrap di sebuah akhbar namun pelakon itu mendakwa dia tidak pernah menerima sebarang surat daripada pihak berkaitan sebelum ini.

Suami pelakon Syatilla Melvin ini dikenakan notis muflis dengan mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000.

Sehubungan itu, LHDN menasihatkan Sam agar segera bertindak bagi mengugurkan namanya daripada senarai muflis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LHDNpelakonselebritiShaheizy Sam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd