• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Negara Islam Kini Barat Burukkan Istilah Jihad

oleh Ahmad Albab
18/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJADIAN serangan ganas di Barcelona mendedahkan malam tadi kini fenomena baharu. Media Barat menyebutnya sebagai serangan Jihad.

Walaupun polis Sepanyol sudah mendedahkan kumpulan pengganas Daesh mengaku bertangung jawab, tajuk media Barat CNN mempromosi istilah Jihadi Attack sebagai tajuk laporan.

Serangan di Sepanyol membunuh 13 orang awam, lebih 100 cedera dan sasarannya ialah kawasan jalanan yang dipenuhi dengan kafe dan kiosk beli-belah jalanan.

Kawasan jalanan Cambril terletak 112 kilometer dari bandar Barcelona dalam negeri Catalan. Visual menunjukkan ia seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

CNN mengaitkan siri ini sebagai lanjutan serangan maut di sekitar Eropah sejak kewujudan ISIS atau IS di Iraq dan Syria pada 2013.

Setakat ini, belum ada pihak mengaitkan serangan ini sebagai kesan tindak balas kepungan terhadap Raqqa di Syria.

Berdasarkan keadaan semasa, Daesh sedang mengalami keadaan genting di Raqqa yang sudah dua minggu dikepung oleh kombinasi Tentera Syria dan pejuang tempatan Pro Amerika Syarikat (AS).

Kepungan di Raqqa, ialah usaha pertama antara Washington dan Tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar. AS berjaya memujuk dua sekutunya yang memusuhi Damsyik sejak tercetus perang saudara pada September 2012 untuk bekerjasama dengan Presiden Bashar.

Pejuang Kurdis Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang ditaja AS menyertai Tentera Syria dengan bantuan risikan Pentagon akan memulakan serangan selama empat bulan untuk merampas Raqqa.

Raqqa dipercayai menjadi bandar perlindungan terakhir lebih 2,000 pengganas Daesh setelah kubu kuat di Aleppo ditawan Tentera Syria Jun lalu.

Serangan terbaharu di Cambrils dianggap yang terburuk di Sepanyol sejak pengganas membunuh 112 nyawa dalam serangan bom di Madrid pada 11 Mei 2004.

Cuma istilah Jihadi yang digunakan media Barat dalam kes Barcelona akan menjadi terma baharu selepas istilah Islamic State (IS) digunakan terhadap ideologi Negara Khalifah pimpinan Abu Bakar Al Baghdadi di Mosul Iraq lima tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jihadnegara islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

06/08/2023
0

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam, kata Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom, ketika Stockholm berdepan kritikan atas insiden...

Malaysia Tak mungkin Jalin Hubungan Dengan Israel

22/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mungkin sedia menimbang menjalin hubungan rasmi dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd